Saturday, September 24, 2011

~DakwAh iTu InDaH~



ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ
هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ.                                   


Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad ) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih Mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk”

Dakwah bukanlah satu lapangan bidang yang senang. Hati perlu dibajai iman, dikuatkan dengan semangat yang kental, selain dipenuhi limpahan ilmu di dalam diri agar wadah yang disampaikan dapat diterima oleh masyarakat. Ia tidak semudah mengira 1 2 3, seandainya diri tidak dilatih dan diasuh dengan tarbiah yang baik bermula dari kecil lagi.

Dakwah ialah menyeru manusia kearah kebenaran dan mencegah pada kemungkaran. Dakwah ini ibarat jihad. Jihad bukan semata-mata peperangan ketika mengangkat senjata tetapi kesungguhan dan kecekalan menjunjung risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan menyebarkan dan mengamalkannya merupakan satu perjuangan dalam menyeru manusia kepada amal maaruf nahi mungkar. Ini merupakan kesempurnaan dakwah agar melalui ini dapat menyedarkan masyarakat tentang kefahaman Islam  yang sebenar.

Selain itu, dakwah ini merupakan tugas keagamaan yang terbesar. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk menyeru dan mengajak manusia kearah kebaikan. Inilah yang diamanahkan kepada kita agar dapat mencegah kemaksiatan yang berlaku dengan sama-sama saling memperingati dan tegur-menegur antara satu sama lain. Antara rukun-rukun dakwah ialah pendakwah, orang yang didakwah ( mad’u ), tajuk ( موضوع ) dan wasilah. Ini perlu dititikberatkan agar konsep dakwah yang dipegang mencapai matlamat yang bukan sahaja dinilai di dunia malah di akhirat kelak. Pendakwah yang mantap bukan sahaja dapat memimpin manusia ke jalan yang lurus namun apa yang penting pendakwah ini perlu memahami kehendak mad’u yang sentiasa berubah-ubah selain telinga dan mata yang sentiasa peka terhadap persoalan persekitaran yang berlaku.

Hukum berdakwah adalah wajib. Ini kerana berdakwah ini merupakan satu perbuatan mahupun perkataan yang mengharapkan perubahan kearah kebaikan. Jiwa manusia yang gersang perlu sentiasa dicuit agar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh mengheret ke lembah kehinaan. Di sini perlunya dakwah itu agar dapat menghindarkan diri terjebak daripada kemungkaran. Walaupun dakwah ini mendapat tempat dalam hati masyarakat sekarang, namun ia bukan bererti memberi peluang kepada para dai’e untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira aspek pelaksanaan yang ingin dipamerkan pada mad’u. Ganjaran yang paling besar dikira oleh Allah SWT bukannya ganjaran duniawi yang akan membuatkan para dai’e tidak ikhlas dalam menyeru dan mengajak manusia kea rah kebaikan.

Walaupun betapa sukar dan peritnya menyelami bidang dakwah ini, namun inilah duri-duri perjuangan yang perlu kita tempuhi kerana orang yang menjadi pendakwah ini merupakan pewaris Rasulullah SAW yang berdiri tegak di atas nama Islam untuk menjunjung dan menjulang dakwah Islamiah. Seandainya kita merasa tertekan, selamilah perjuangan dakwah Rasulullah SAW yang sentiasa mendapat tentangan hebat ketika menyampaikan dakwah. Baginda tidak pernah berputus asa dan patah semangat walaupun pernah diancam dengan ugutan bunuh. Oleh itu, kita harus mencontohi perjuangan dakwah yang diajar oleh baginda agar matlamat kita untuk memimpin manusia kearah kebaikan akan tercapai.


 tugas menyebarkan phman agama itu bukan utk lelaki shja,muslimah jg memainkn
 peranan penting..(Allahu Akbar..)

Rasulullah SAW bersabda:- ‘ Sekiranya diletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan pekerjaan ini, tidak sesekali aku akan tinggalkan sehingga aku tertewas atau menemui ajal’. Begitulah pentingnya dakwah ini pada baginda. Jadi, menjadi tanggungjawab kita selaku umat Nabi Muhammada SAW untuk meneruskan warisan yang ditinggalkan oleh baginda ini. Betapa pentingnya dakwah ini yang mana telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu kita untuk kita melaksanakannya. Tugas ini bukan sesuatu yang mudah andai diri tidak dipenuhi dengan ilmu. Ilmu pengetahuan yang bermanfaat boleh membimbing mereka mengenali Tuhan selain memenuhi ruang-ruang yang kosong dengan mengajak mereka kearah kebenaran. Penyebaran dakwah bukan terhenti setakat di masjid-masjid, surau-surau, mahupun kuliah agama namun ia meliputi segenap ruang lingkup yang ada agar mereka dapat melihat dakwah yang dibawa ini bersesuaian dengan jiwa dan persekitaran mereka.

            Iman kita sentiasa berkurang dan bertambah ibarat tanah yang gersang perlu sentiasa dididik agar tidak mudah tergelincir ke lembah kemaksiatan. Oleh itu, kita sentiasa memerlukan teguran, nasihat mahupun bimbingan supaya dapat membentuk peribadi yang baik serta kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT. Sudah tentu melalui dakwah ini dapat membantu kita untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik. Selain itu, dakwah ini membawa kita kepada penyatuan antara umat Islam. Pada masa yang sama, hubungan dengan Allah akan terjalin sama. 

            Selain itu, dakwah ini juga haruslah mengikut persekitaran semasa agar mad’u itu dapat menerima dakwah ini. Mungkin kaedah atau cara dakwah sekarang berbeza dengan zaman Nabi Muhammad SAW namun pelaksanaannya hampir sama iaitu mengajak dan menyeru kearah kebenaran. Di sini perlunya metode dakwah yang sesuai seiring dengan perkembangan semasa. Dakwah yang efisien dapat memandu mad’u itu membaiki  diri mereka agar tidak terjerumus kepada kemaksiatan.

            Melalui dakwah juga akan menyedarkan umat Islam akan hakikat dunia akhir zaman yang mana perlunya pada mengajak mereka kepada jalan yang lurus. Kita perlu menyedarkan diri sesungguhnya dakwah berperanan dalam mengagalkan konspirasi-konspirasi yang diwujudkan oleh puak Yahudi untuk menghapuskan bangsa yang beragama. Ini merupakan bentuk dakwah dalam agama. Demi mengangkat martabat Islam kita perlu kepada tarbiah dakwah itu sendiri.

            Akhir sekali, pentingnya kita berpegang teguh terhadap Al-Quran dan Hadis dengan menguatkan kefahaman terhadapnya. Ia menunjukkan bahawa sumber yang paling soheh dalam membuat rujukan adalah Al-Quran dan Hadis. Sebagai contoh, seseorang yang ingin mendakwah orang bukan Islam ( Non-Muslim ), perlulah menggunakan fakta dan hujah yang dapat membuka mata mereka untuk menyelami betapa indahnya Islam itu. Demi mencapai matlamat, mendapat redha Allah SWT di dunia dan akhirat, pendekatan yang kita ambil untuk menyeru manusia kepada kebenaran mestilah sesuai bukannya terlalu mendesak. Dakwah ini ibarat ‘matahari yang sentiasa memancarkan cahayanya pada seluruh alam walaupun kemunculannya tanpa diminta’ bertepatan dengan dakwah yang perlu kita susuli setiap masa agar manusia tidak terpesong daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemaksiatan. Inilah tugas dalam lapangan dakwah, memerangi maksiat agar manusia kembali kepada kebenaran.

~Ayuh semua kita jalankan peranan kita selaku pewaris pjuangan Nabi MUhammad SAW.. insyaAllah moga2 rhmat dan redha Allah bersama kita semua...~

Wednesday, September 14, 2011

~Hatiku dicuit KenaNgan Semalam~






 kalau doh tengok pada jam mesti doh boleh agak,ni mesti pasal masa...ye,ana mnulis pun tntg masa..iaitu cepatnya masa berlalu..masa ibarat pedang yg akn m'hunus lawan, tnpa kita sdari ia akn mnikam musuh itu sama ada sudh b'sdia mhupun tidak... buat shbt2(kalu ada yg terjah my blog r...haha) tiba2 tngan ni nk m'hdap blog plok stelah rasa keboringan yg thap tinggi sgt dok tgk fb smace..lagi2 ai ni hok dr pagi lagi dok tnggu nk masuk klas,tp klas xdok la plok..marin doh la strike xdok..ai ni plok xthulah rano..almaklumlah, mgu2 awal ni smpt ag la 'b'blog' kan,phny xthulah..huhu..

sebenrnya,ana ni bru je mlgkah ke sem baru, iaitu sem 3,thn 2..(cpt sngguh masa)..sblm tu,ana cuti dlu,slma 4 bulan,lama bngat..almaklumlah,krajaan nk bg rest lama2 skt,.bayangkanlah doh la cuti 4 bulan,agk2 shbt la,apa yg akn kalian buat cuti lama cam2?keliling dunia,tgk ngeri orng?tgk mak ayah jga adik kcik?bantu kawan2 krja?atau xthu nk buat apa?hihihi~ana bukanlah ank org kaya nk round dunia,so confirm la ana xt'msuk..nk jga adik,ayuhai adik ana doh bsar..nk bntu kawan,kawn ana xdok ag yg krja @ buka syrikt sndri,ngeh2..xthu buat apa..,ana ni klu xbuat apa2 'b'kulat la otk ana'..haha..sbnrnya,slama cuti 4 bulan tu ana krja kt Kedai Potostat Kak Su kt Nilam Puri,dekat ngn KiaS, YIK dan UM nilam Puri n Balai Polis..@ org pnggl kwsan tu sbgai "Zon Ilmu"..

pada mula2 tu,xbiasa juga,lama2 tu alhmdulilah..smuanya bjln dgn lncr..kdai ni rmai d'dtngi wrga KIAS sma ada lecturer, pelajar mahupn staff la m'mndgkn mjikan ana tu ex-stdnt KIAS.. pada awal2 krja,ana telah d'uji dgn stu dgaan yg hmpir m'lmahkan smgt ana, ktika sdg m'yiapkn potocopy,ana d'dtgi olh seorng lelaki,dia minta ana buat potocopy utk dia,ana pn buatlah..ana siap buat,ana tgk dia doh xde,plik jgk la.ana ni,husnuzhon r,'msti dia amk balik la tue....'ana tnggu2,xmncul2 jga,ktika tu ana tgk jam mnunjukkan kol 12,prut ana doh lapar,ana pn nk amk la bekal ana kt bwah meja,tgk2 doh xdok..(siap ngn beg xdok :-bekal tu dok dlm beg skli ngn iC n duit..)apalgi t'kjut la ana,hbs ayat ana bca,kot2 ana ni slh letak..hbs tmpt ana geledah,tp xjupo jga..ph2 brulah ana t'ingt,ana syak si lelaki tdi r..coz apasl dia xamk potocopy dia?ana trus col pamily nak bgtahu hal ni,umah ana dkt je (5 minit pn xsmpai)..haha..mak ayh ana pn mai n buat report polis,ana xksh sgt dia nk amk duit ke,jgnlah iC..(stu pgjrn utk ana utk lbh b'hati2)..lpas buat laporn,mak ayh ana pulang,ada seorng ust mai nk potocopy utk bgi kt pelajar yg nk mymbung pljrn ke Timur Tengah..bnyk la..smbil2 dok buat tu ana bru trngt lelaki yg ana syak tu sbnrnya doh dtg shri sblm tu,mmg m'curigakan doh...apa2 pn,nilah pglmn pahit bg ana,biasa ana dgr je,ai tu blaku kat ana sndri..ph2 buat la iC bru,RM 110 jga hbs,kcian my dad..hihi..~

pahtu,pkara2 bnyk la blaku,pahit ada manis ada,maung pun ada..haha..nk crta kt sni pn,pnjg sgt..ana oyt yg pntg2 sdh..haha..satu hari ana d'dtgi oleh seorg stdnt KIAS..dia memg sportng la,t'lbh mesra,segan ana plok..haha..dia b'bual mcm2 ngn ana,ana ni plok mklumlah xthu apa2 kan..angguk n ye jelah..haha..esok tu dia dtg plok nk amk hok dia minta ana potocopy..kbetulan msa dia mai tu,bos ana ada,jdi dia ckp dgn bos ana lah..masa dok ckp2 tu, bos ana pn oyt r,ana ni kje stkt bln 8 je coz ana akn msuk blik..dia pun apa lgi,t'kejut la...rupa2nya dia ingt ana ni umr 30-an,ada anak 2..klu dia t'kjut ana lgilah..amboi2,ngeh2..(sjak ble plok ana ni ada ank,suami lagilah..ngeh2)...mcm2..phtu,mmg blh d'ktakn smua pnggl ana kak la,walaupn mreka doh thu tika tu,ana ni adik pda mreka..(xkan kot g kdai 'dik,potostat bku ni se' conform dia pn malu..ana lagilah..ngeh2..)


          gambr ana dgn sahabt ktika g jln2 kt Sekayu..ada gya mak org ke ana ni..hikhik~


erm,pahtu peristiwa yg ana xkan lupa adalah ktika ana d'aju p'tnyaan yg m'ybabkn ana sndri tiada jwapan yg nk d'beri..andai shbt d'tnya 'Apa yg nk d'buat kalu suami curang?'sush kan soaln ni,sPM,add mate lagi snang drpada sOalan ni,ngeh2.. kalu korang la,apa agaknya korng akn jwb..huhu..ni ana nk oyt ni..satu ary,ada la ore tnya ana pasl ni,ana ni dlm hati 'awat la dia xtnya ak soalan klu potostat dpn blakng,brape sen kalu bnyak blh la ak jwb,ni tny psl ni,mme knform xblh r..ak mna prnh ada pakwe..' xcaya????mme btul,pcyalah..huhu..dia dok tnya,mcm2 la dia crita,ana pun,ckp la..'kdg2 kita brda zon slesa, mgkn Allah nk uji kita,mgkn sblm nie kita rasa snng,jadi Allah nk uji kita,nk tgk kita ni & tnda sygnya Allah pda kita,..'(ana ni dlm hati b'doa moga Allah xuji ana sbgini rupa..kdg2 kita t'tewas jgk..)ph2 ana crta r ke spupu ana,(ana mme kamcing ngn dia..hihi),dia oyt la ko ana pndai plok ana ni oyt gni..hikhik..ana pn xthu..ngeh2..



     sekadar gambar hiasan:-setiap psangan yg d'satukan b'sama,ingnkan kluarga bhgia..nmun kdg2 d'uji oleh Allah utk mliht sjauh mana thap k'imanan hmbaNya..moga2 bhtera yg d'lalui b'sma,sma ada phit mhupun manis, dpt k'berkatan dan d'limpahi kasih syg krna Allah...amin..

#knangn ni,apbla d'kenang,ada klanya m'ybabkan hati kita ktawa sndri, mnngis,dan pling pntg knangn xb'ulng kmbli..jdi setiap yg kita lalui walaupn pahit trimalah dgn hati t'buka agr kita dpt m'pertingkatkn lagi amaln kita utk b'tmu dgn Rabb nanti..ush b'ptus asa,andai prnah m'lakukan ksilpn,baiki dri agr kita m'jdi insn yg lbih baik drpda sblm ni,.insyaAllah..
~apa pun,ana bkrja bkn smata2 nk tmbh duit..(alhmdulilah,duit gaji,bln2 msih mampu bg kt mak utk bli brg dapur,ngeh2..walau xbnyk sgt..)tpi krja ni lbh kpda pglmn..m'cri p'glman utk m'mudhkan dri jga..btul tak?apa pn ana nk oyt 'kerja ni lbh penat dri belajar'...btapa sushnya nk dptkan duit tu,apbla doh dpt nilah kpuasan yg xt'hngga..alhmdulilah..krja bnyk m'gjr ana erti ksbran n pling ptg sushnya mak ayah kita cri duit nk m'yekolahkan kita..hargailah mreka..


                  insan yg sntiasa d'hatiku..trima kasih mak dan ayah..doakan angah..
                                                    اللهم اغفرلي ذنوبي ولولدي وارحمهما كما ربياني صغيرا