Monday, July 2, 2012

DIA ada bersama kita..


bukan senang untuk aku membuat keputusan. tiada niat untuk aku melukai hati mana-mana pihak. aku sedar semua mata tertumpu padaku kerana keputusan yang kuambil telah membuatkan sesetengah hati orang-orang yang aku sayang terguris,tapi inilah yang aku mampu putuskan. aku telah berfikir sehabis baik sebelum memutuskan hal ini. aku sendiri merasa sedih dengan keputusanku namun ku yakin bahawa keputusanku ini adalah yang terbaik.

jika telah tertulis di Luh Mahfuz,insyaallah kita akan bersatu kembali.

andai masa boleh diputar,aku ingin sekali meminta agar tidak dipertemukan denganmu. ku tidak sangka pertemuan kita yang sementara membawa kita ke sini. begitu indah pertemuan Allah aturkan untuk kita. sama-sama kita berhubung jarak jauh,menjaga tatasusila agar tidak salah diertikan oleh orang lain. dirimu tenang sahaja sedangkan aku tahu resah dan gelisahnya dirimu. andai ini yang Allah ingin aturkan antara kita ku harap engkau bersabarlah. yakinlah setiap yang berlaku,ada hikmahnya. kini,hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan agar kita sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah. andai kita tidak dipertemukan lagi, dirimu teruskanlah berjuang untuk Islam. pulanglah dirimu ke tanah air kita berjuang untuk Islam. dirimu menjadi harapan semua orang,bawalah harapan itu genggamlah kata semangat dari kami semua.

janganlah dirimu merasa kecewa,kerana DIA ada untuk kita.
DIA ada setiap masa,walaupun ketika itu kita lupa padaNya..
zalimnya kita apabila kita lupa padaNya. kalau ada masalah,cepat pula kita mengadu..
masa kita sudah bahagia,kita lupa terus. Ya Allah,ampunlah segala dosaku.

Allah akan sentiasa mendangar suara kita,luahan kita,rintihan kita.
janganlah kita melupakaNya walau seminit-itulah kata-kata darimu yang akan sentiasa aku ingat.
kau juga pernah berkata,'andai kita dipertemukan begini,ingin juga kita berakhir begini'
tahukah dirimu,aku mengaminkan kata-kata darimu..bukankah kata-kata adalah doa?

antara kita,mungkin Allah sedang m'guji..sabarkah kita menghadapi semua ini atau sebaliknya.
walaupun macam-macam tohmahan yang aku terima kerana membuat keputusan ini namun aku gembira kerana dirimu membalas 'janganlah bersedih walaupun diriku bersedih'..lucu tak ucapan yang engkau luahkan,engkau menyuruh diriku jangan bersedih sedangkan engkau bersedih.
wahai diriku dan dirimu,moga DIA ada bersama kita..
DIA menduga kita kerana untuk menjaga ini bukan senang. DIA adalah Kekasih Hati buat kita.
DIAlah yang menghadirkan hati ini buat kita.
kerana DIA ada bersama kita...~