Tuesday, June 11, 2013

SENYUM..~

Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum..Wah,rasa cam tak percaya pula hari ini buka blog dan update sikit..hehe..Alhamdulillah..

Sebenarnya,blogku ini sudah bersawang yg mana saya baru je selesai membersihkan sawang-sawangnya sakni..huk huk...terbatuk-batuk saya..hehe..

Lama sangat tak update blog..jenguk pun tak sempat,betul2 masa mencemburui diri ni..betullah kalu org kata "masa ni kalu bagi 25 jam sehari pun belum tentu cukup"..Allah..muhasabah tentang masa..

Ala kulli hal,tak banyak ingin kukatakan pada kali ini,cukuplah dengan entry diatas tentang SENYUM..Senyum satu perkara yg susah sgt kita nak lakukan,lagi-lagi apabila berhadapan dengan masalah..Senyum adalah satu sedekah yg tidak perlu dikeluarkan duit,apa salahnya kalau berselisih dengan orang yg tidak dikenali,hulurkan senyuman kepada mereka.Itu sudah dikira sedekah.Sejuk hati orang yang melihat kita,kan?Maniskanlah senyuman bermula kita bangun tidur,bekerja,pergi kuliah,bersama kawan-kawan..biarlah walau segunung masalah yg ditanggung,maniskan muka dan hadiahkan senyuman kepada teman-teman..tunjukkan kita kuat dihadpan orang lain..InsyaAllah,kekuatan akan dtg apabila kita senyum setiap masa..*jgn senyum sorang pula ye,nanti virus lain pula yg dtg..hehe


                                             Chakkkk..1...2...3...SENYUM..Alhamdulillah


Alhamdulillah,dengan izin Allah..semester ini,siaplah sudah Latihan Ilmiah (tesis)..huhu..syarat utk grad..Alhamdulillah..banyak juga air mata mengalir ketika menyiapkan tesis...Alhamdulillah,terima kasih sebab sudi membantu saya..Markah tak kisah sgt,..tapi minta2 A la..hehe..InsyaAllah..tp yg lebih penting ialah pengalaman yg sangat banyak dan memberi pengajaran yg sgt berguna..



                        Alhamdulillah..dah siap dijilid tesis ini..utk rujukan anak2 nati..hehe

oKlah..saya minta diri dulu ye..InsyaAllah,jika ada masa saya akan kembali lagi..
InsyaAllah....a a a a a a....Smalam dah start exam,Alhamdulillah Mandarin dan Al-Quran..Moga Allah mempermudahkan segala urusan ini..Amin..Minggu depan 18.06.2013 mula plok exam dan berakhir 20.06.2013..huhu..
Mood :-Study week kali ke-2..hehe..



Thursday, January 31, 2013

ALHAMDULILLAH..~~


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum..apa khabar semua sahabat2 sekalian..?hehe..Semoga sihat2 selalu..Cuti ni nampkanya tak bersawang la bloggerku ini,hehe..tapi jangan risau kalau bersawang pun,cik Apple kan ada..hakhak..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Tiada kalimah yang lebih mulia apabila mendapat segala nikmat dari Allah iaitu kalimah Alhamdulillah atas segala nikmat ini..*tiru ayat Pierre Andre...hikhik..

Alhamdulillah,apabila hobi pelik sikit dari yang lain dan suka kepada sesuatu yang dengannya dapat menyampaikan dakwah,maka apabila hilang @ berpisah dengan benda @ perkara tersebut terasa sangat sedih..begitulah yang dialami oleh ana,..hehe..3 bulan ana terpaksa menyepi dari hobi suka mengambil gambar gara2 kamera NIKON yang banyak berjasa telah rosak dan tidak dapat digunakan..Sedih hanya Allah yang tahu..3 bulan tu..uhhh,lamanya bagi seorang yang bercita-cita nak jadi Photography Dakwah ni..Alhamdulillah,hari ini ditemani oleh sahabatku yang tersayang,Cik Tyah nama manjanya, 31 Januari 2013 kamera baru dapat kumiliki..

Alhamdulillah,dahulu NIKON kini CANON..Alhamdulillah,seriously CANON pic dia sangat cantik,jelas dan nampak macam DSLR..hehe..DSLR ke mihah? Mestila..tidak kan..hakhak..tak mampu lagi memiliki DSLR,cukuplah kamera biasa sebagai practise dahulu..*sedap hati je tu..haha

Thank you for my bro yang mengsupport kamera kali ini..abangku merangkap bestfriend dalam hidupku..tapi selepas dia kahwin ini takla rapat sangat,Almaklumlah sudah ada isteri katakan..hehe


Selamat tinggal Nikon yang sentiasa kusayangi..Jasamu terlalu besar..Huhuhu..
*lensanya sudah rosak,sedih ngat



31 Januari 2013..CANON yang sudah lama kuimpikan..Semoga Lensamu untuk Dakwah..~hehe


Model Pertama dengan lensa CANON..hehe.. *sedang mencuba kasut baru terr


First tyme makan Conep Pizza..terbaik..sedap..Alhamdulillah 


Alhamdulillah,Semoga kamera ini akan membantuku untuk berdakwah melalui seni..apa2 yang telah berlaku dan akan berlaku ada hikmahNya..Hanya Allah yang mengetahui..Semoga Allah redha..
DAKWAH ITU SENI ~~


InsyaAllah,yg ini suatu hari nanti..Sekarang posing yang orang punya la dulu..hehe

Monday, January 28, 2013

Terimbau Kenangan 2009..~


Bismillahirahmanirrahim..Alhamdulillah..Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh..*senyum sampai telinga..hehe..

_______________________________________________________________________

"Ak mesej doh ko ust Nasir,ust kata buleh mari esok (hari ni),jom g Maahad.." fathiah mesej..
"Jom.."*stju aje kalu derak ni..hehe

28 Januari 2013 (Isnin)

Seusai jumpa ust Nasir di Maahad,ada masalah yang tak perlu diberitahu di sini,hehe..akhirnya makan dlu kat kafe opss kantin MMP..semasa nak g makan tu,terserempak dengan Ust Faraid nama panggilannya..hehe @ nama sebenarnya Ust Rahim..macam2 dok bercerita dengan ust dan ust masih ingat dengan anak2 murid dia ni..Almaklumlah panggilan untuk kami masa belajar dulu,ust panggil "BUFFALO"..uhhh,kasar ko?jawabnya,sesuai doh sebab Faraid memang semua xkuasai dengan baik..hakhak..hari ini BUFFALO ini sudah faham kenapa ust panggil dengan panggilan itu dahulu..Terima Kasih ust Rahim..

Dari jauh lagi tengok Ust Wan Azmi @ Ust Wan @ kami panggil ust Kebersihan..*kami memang suka bagi nama panggilan macam2 ni ko guru2 kami..jgn contohi kami semua,,hehe...Ust Wan dok tambat kucing kat pokok..kami (merujuk kpada ana,Fathiah & Izzati..hehe) yg ke MMP hari ni..

"Assalamualaikum ust..sihat?
"Waalaikumusalam..alhamdulillah,ginilah.. *bertukarlah khabar..

"Bakpo ust tambat kucing pokok ?"
"Kucing pelajar bawak mari..RM5 sekor"
"gapo ust?" *xpehe sebenar..hehe
"Lokni,sapa buleh igat kucing dalam Maahad ni pahtu wat mari saya,saya bagi RM5..sebab kucing banyak sangat maahad..setakat ni doh 38 ekor kucing budak Maahad wat mari"
"ohhhhh..gitu..saya nak g igat juga la..buleh RM5"
"G la..saya bui.."
"Pahtu xdok la kucing lokni ust?"
"Koho banyak.."
ha...............terkedu..hakhak..lucu beraso..

*Flash back (2009)

Di tingkat 4,Ust Wahid sedang mengajar Mantiq..anak murid semua khusyuk (ada 2 maksud..hakhak)..Tiba2 nampak pelajar kelas sebelah cepat2 g buang sampah,terasa pelik sebab jam pukul 12 tengahari..adakah something yg berlaku?? Naibah kelas bangun dan melihat Ust Wan @ Ust Kebersihan sedang mengadakan sport check kebersihan di tingkat 2..Atoyaiiii..~
tiba2,Raidah (Ketua Kelas) & Naibah cepat2 bangun *tnpa pedulikan ust dihadapan..hakhak..buleh bayang tak camne..tercengang ust..nasib baik ust Wahid ni baik..hehe.. g buang sampah..haha..

"Assalamualaikum,Ust Hid meta deh.."
"Waalaikumusalam..sila2"
"Bersih2..tong sampah pun xdok ulat..bagus2.."
"Kelas Form 6 ke..mesti bersih,besar2 belako doh.." *terbaikla ust Wahid..haha

*Fuhhh,ust Wahid backup tu..terbaik la Ust Wahid...*mantan guru kelas sekejap sebelum ust jaga kelas 6B3 sebab guru kelas 6B3 ketika tu tak ngajar 6B3 tpi ngajar kelas ana..jadi pertukaran suka sama suka..
Kenapa pakat takut dengan Ust Wan 2009? 
Seekor Ulat dalam Tong Sampah RM2..haha..banyak tu..2013 Jumpa Kucing Seekor RM5 Ust bayar..Perbezaan yg cukup ketara....kalau ana masih ada pada tahun 2013 mungkin ana akan jadi pencari kucing juga..haha

~Apa2 pun..Ust Wan terlalu besarnya..dari dahulu hingga kini dialah guru kebersihan yang akan memastikan kebersihan di MMP terjaga..Terlalu besar jasa ust dan kami terlalu menyayangi seorang guru yang sentiasa lucu..Semoga Allah memberkati Ust Wan Azmi..



Ni dia..Ayahanda Ust Wan Azmi @ Ust Kebersihan...~~


Kami pun menjamu selera di kantin yang cantik ini..uhhh..*zaman ana,panggil kantin mahal..hakhak..Terima kasih untuk Ust smart MMP,Ust Azmi @ Ust Jemiey..hikhik *sekali lagi nama pnggilan yg tbaik untuk Ust Azmi..Ust Azmi belanja hari ni...ingat nak belanja ust,tapi ust belanja kita pula..hakhak..makan 'keropok keras' --makanan kegemaran kami semua masa tahun 2009..kalau makan sup,wajib lepas tu kena beli keropok keras ni,buat bekal xse bagi ngantuk..tapi tido juga..seperti biasa la katakan..hakhak..


Ust Azmi yang belanja tadi..Terima kasih.."Ust makan kawan dia blnja,kami makan dia blnja..Adil kan?hak



ilir kan kantin MMP..hakhak..2009 kantin ni mula disediakan dan kami org pertama menggunakannya..


Macam2 la kami bualkan sehingga 2 3 orang guru MMP sempat kami temui..dan seorang guru yang ana xingat nama apa,ayatnya tersentuh di hati..hihihi

"Mari mana ni?Lawat sekolah ko?"
"Emm,lawat2 sekolah cikgu"
"Baguslah..itu hok sepatutnya..cuti mari kat sekolah,tengok2 sekolah"
(Mendalam ayat cikgu tapi kami faham..hehe..Faham tak?Jawabnya :-Abis sekolah bukan penamat kita dari terus datang sekolah..kita kena sokmo mari sekolah tengok adik2 junior,bantu setakat yang perlu..sebab kita ni pelapis buat adik2 kita..emm*insaf kejap..hehe)

Sedang kami makan,kami ternampak kelibat ust yang sangat dirindui dan sangat disayangi oleh kami semua iaitu Ust Wahid @ Ust Smart/Ust Mantiq *kan doh kata mesti ada nama gelarannya plok..hehe


yang ditengah itu Ust Wahid @ Ust Mantiq..Smart kan?Ye..baik lagi ghtu..


"Assalamualaikum ust..sihat"
"Waalaikumusalam..sihat Alhamdulillah"
"Mari amik result ko?result STAM hari Rabu ni keluar"
"Hehe..buleh juga ust amik result sekali lagi..Ust ada kelas ko?"
"Ada..se kelas lagi Mantiq..mari minum air dulu,sakit tekak"
"hehe..nak masuk etek la ust"
"Marila..hehe"

~~Ust Wahid masih seperti dahulu..senyum tak pernah lekang dibibir..kesabarannya sering membuatkan kami sangat menyayanginya..ketabahannya membuatkan kami juga setabah dirinya..hehe..Semoga Ust sentiasa bahagia dunia dan akhirat..Amin..

2009 (Masa Mantiq) *Flash back..

Suasana kelas senyap je,sebab tengahari katakan..ada yang sudah bermimpi hingga ke bulan,sedang murajah Al-Quran,sedang ngapal dan sedang mengoya..*ana?yg last kot..hakhak..Kelibat Ust Wahid menuju ke 6B4 dengan penuh senyuman..dari luar kami sudah nampak ust tersenyum.dan senyuman inilah kami sudah layu mata untuk Mantiq sekejap lagi..hakhak..

"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh"

dari satu sudut meja dalam kelas 6B4..

"Weh,bangun..Ust mari tu"
-Masih nyenyak lagi saimku ini tdo..
"Weh2,ust Wahid dok depan ni..bangunla..."
-emmmmm,aduh..sero nak nyekeh jah..hakhak..*ust buleh tersenyum..
"Kuat dok study tu,ngantuk sangat..hehe"
"Dia memang banyak nga..ngatuk...tido jah tau.,."

Saim ana pun bangun,terus berdiri tengok ust sudah dok di hadapan..Ust tersenyum je..biasalah lepas bagi slam,kita akan baca doa mula belajar,tapi saimku ini masih mamai,terus duduk lepas tu..haha..bayangkan macam mana gayanya..*ingat nak tergelak sero..


Begitulah ust Mantiq @ ust Wahid yg sabar melayan karenah kami semua..sabar jah dirinya setiap kali layan kami semua..kami pernah minta dengan ust supaya batalkan kelas tambahan sebab xcekak..letih katakan dan ust setuju untuk batalkan dan gantikan dengan hari lain..ust sangat faham jiwa..Tahun 2011,kami dapat pengkhabaran bahawa isterinya meninggal dunia iaitu 2 hari nak raya AidilFitri..terkejut kami semua kerana kami tak dapat bayangkan insan setabah dia untuk mengukir senyuman ini..kami tak sempat melawat kerana tak kenal rumah dan ada hal ketika itu..Hanya doa dikirimkan buat arwah isterinya,semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin..
Pagi tadi,tengok ust tersenyum dan masih mengukir senyuman keikhlasan membuatkan kami tabah dan yakin dengan kami..Mantiq di hati walau sentiasa tido..tapi ana tak pernah tidur masa Mantiq sebab ana minat sangat mantiq ketika tu..sebab,mantiq ni ilmu payah,jadi ana suka benda2 payah ni..hakhak..*poyo ye..Mantiq ilmu yg banyak guna akal..tp biar bertepatan dengan akal yang digunakan..ok?


KEPUTUSAN STAM hari RABU ni..emmm,mesti + konform + yakin berdebar gila adik2 ni nak amik result..teringat hari amik result..(2009) *flash back lagi,almaklumlah tajuk pun pasal terimbau kenangan kan..hakhak..

Ana masa tunggu result,sempat la jadi Ustazah dulu..ecece..mestila..hakhak..kat Pasir Puteh..guru ana @ warden asrama masa bljar kat Maahad Ar-Rahmah Kenali dulu telepon ko ana hari result..Terima kasih Ust Ahmad Yusoff bin Yaacob (pernah ingt ust sedih masa ana nak pindah g Maahad sebab xperlu la cerita..hakhak..betul la..)

"Mihah tengok doh ko result"
"Dok Pasir Puteh lagi ust..kejap lagi baru nak tolak balik g MMP"
"Tahniah Mihah..Awak MUMTAZ.."
"Yeke ust?ust tahu mana?"
"Ana dok YIK..Ana amik bgi MARK..Ana tengok hok awak,awak dapat MUMTAZ..Tahniah.."
"Alhamdulillah,ana macam tak percaya sebab tak boleh wat sangat"
"yelah tu tak leh buat..yang tak leh buat pun buleh dapat Mumtaz ek''
*seriously,ana memang tak percaya sebab target paling tinggi pun Jayyid Jiddan..Alhamdulillah,inilah kejayaan yang boleh dibanggakan..Alhamdulillah..betul kata orang tua2 :- gagal sekali tak bermakna gagal buat selamanya..SPM pernah ku kecewa,STAM pengubat duka lara..Alhamdulillah..

Tiba kat sekolah,kebetulan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah,ramai la orang YIK,guru2 dan adik2 junior di Kantin masa nak amik result..baru sampai,saim2 kata "ore Mumtaz sore lagi baru sampai tu.."hehe..Yakinlah bahawa ana pemegang result Mumtaz ai ni..Alhamdulillah,Terima Kasih Allah..

"Tahniah Salmihah..Mumtaz.."
salam dengan guru kelas,cium tangan minta maaf,minta restu..Alhamdulillah..Berjumpa Mok Su Nah *nama samaran untk Mudirah MMP 2009..(hakhak..tengok,,mudirah pun dapat nama samaran ghtu..hehe) Mok Su Nah peluk2 ana,dan ucap tahniah..dan tahulah bahawa 2009 Mumtaz STAM adalah 23 orang mengalahkan MML dengan 22 orang..yeeeeeyyy..berjaya juga mengalahkan MML yg tek pernah kecundang dalam STAM dan peratus juga meningat dan 8 subjek dari 10 mendapat 100 % dan MMP terbaik STAM 2009..Alhamdulillah,syukur sangat..Pengorbanan yang ikhlas kerana Allah,Allah akan ganjari dengan pahala dan kejayaan..Alhamdulillah..Dok bual2 dengan saim2,saim2 oyat Mok Su Nah kini di YIK naik pangkat *kata saim2 ana,naik pngkat sebab Mok Su Nah garang..hikhik..(kenangan ngn Mok Su Nah)..dan saim2 tunjuk mudir baru MMP,iaitu Ust Mansor Hj Daud..ana dengan muka selamber,ohhh,ust Mansor upenya..kenal dohhh..hikhik..(ayah kepada saimku..mestila kenal kan..hakhak)..Mudir sempat tegur dan ucap tahniah..

"Tahniah semua..Awak semua doh naikkan nama Maahad dalam STAM tahun ni..peratus pun meningkat"
"Alhamdulillah,guru2,Mok Su Nah dan kawan2 smua..Alhamdulillah,rezeki dari Allah"
"Alhamdulillah,makan2..raikan awak trus ni..majlis kesyukuran + Majlis Maulidur Rasul"
*sekat hari tu je kecek,lepas tu dok doh..maybe mudir pun tak ingat doh kami..hikhik

Inilah kenangan yang paling manis yang sentiasa dalam lipatan memoriku..Alhamdulillah,dengan kenangan inilah menjadikan kita semua matang dalam membuat sebarang keputusan..Tersenyum apabila mengingati kenangan ini dan air mata pasti mengalir kerana masih rindukan MMP..Ku rindukan MMP..buat adik2 semua sama ada di MMP @ mana2 sahaja,adik2 sekolah YIK,"kenangan inilah yang akan membuatkan kita tersenyum di masa hadapan kita..buat nakal zaman sekolah takpo tapi jangan buat nakal yang menyakitkan hati guru tapi buatlah nakal yang akan membuatkan guru ingat pada kita dan berbangga dengan pelajarnya..hikhik..tapi,kenangan inilah satu memori terindah yang mampu dikenangi walau dimana berada dan betapa bersyukur dengan perancangan Allah yg mempertemukan kita semua di dalam satu bangunan untuk mencari keredhaanNya"





P/s :- Gambar dicedok dari Page Maahad Muhammadi Perempuan (FB)..Terima kasih..hikhik...zaman ana dlu,kamera cuci lagi lokni kamera digital doh..hukhuk..canggih kan?masih hari,makin canggih dunia,..Terima Kasih atas tajaan gambar ini..hehhe




Friday, January 25, 2013

~Halaqah Berusrah Berbowling Bersama..


Bismillahirahmanirrahim..Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT atas sgla nikmat yg telah diberikan,selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kluarga serta sahabat baginda..Salam Maulidur Rasul 1434H,perbanyakkan selawat kepada baginda,jangan jadikan bulan ini sahaja selawat meniti dibibir bulan2 lain ditinggalkan..semoga selawat buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW sentiasa meniti dibibir setiap masa,setiap saat..*peringatan utk diri jua..InsyaAllah..

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..

Pada hari Rabu,23/01/2013,sy kononnya dilantik selaku "Pengarah Program"..(tanpa pinta diriku..hikhik) maka diadakan Halaqah Berusrah Berbowling Bersama kat Kb Mall..ganah tak nama pgrm pun,tu tak termasuk lagi siap buleh buat banner gitu..sasaran untuk program kali ini boleh tahan juga,iaitu Ex-Students STAM MMP Batch 2009..fuhhh,ramai tu,jemputan memang ramai,datangnya ________ (seperti biasa.haha)..tapi Alhamdulillah,niat tu pun doh bagus... *puji diri sendiri pengarah yg tak diiktiraf..hakhak..


banner yg didesign olehku,hakhak..*buruk sgt tau..haha


Bermula pgrm pertama di Kb Mall pukul 12.00 tengahari..kat banner yang telah dipublish + rantaian mesej pukul 11 pagi tapi almaklumlah semuanya bakal ibu katakan..busy la..haha,opssss,kesesakan lalu lintas,pleasela husnuzhon ok?hehe ~

ye..ramai sgt yg datang..semuanya 8 orang..hakhak..Alhamdulillah,yg penting mesej tu sampai..namun lagi bangga,ada wakil bagi setiap kelas STAM ni..(masa STAM dulu,ada 4 kelas - 6B1,6B2,6B3,6B4..hehhe).. kami tidak mengamalkan assabiyah tau..semua buleh bersama...hehe..dan kami dikejutkan dengan kehadiran Presiden Pertina--untuk menyerikan lagi suasana majlis ini..Alhamdulillah (Group Form 6 masa tahun 2009) + peserta Daie Malenia TV9,cuma rezeki tdak menyebelahinya..*promote sikit..hikhik..

Berita sedih ketika berbowling.....
First tyme kalah,dan dapat kputusan..ye..yang terakhir..hakhak..
sebelum ni terror sgt ke?jawabnya..takla..cuma paling kurang dapat no 1 je pun..(perghhh..perasan ye..)
Sebab kalah :-
-xdok rezeki ana pada hari tu..
-bagi pluang kepada kawan ana *ayat bajet ni..hikhik
-seriously,tak pernah lagi main bowling dkat sini dan condition dia lain sgt..ermmmm,
-kalah menang adat katakan..jadi ana memilih utk kalah..
-asyik menang je,bagi kalah sikit.. *haha..tau pun dri tu xpndai..haha

tapi,berbowling tu cuma sampingan,mesej yg ingin disampai lebih daripada itu..Usrah bersama sempat juga..Camne?Jawabnya :- Usrah ni kita dok sama2,niat kerana Allah utk mendapat keredhaanNya dan RahmatNya,berbincang sesuatu yg bermanfaat itu sudah dikira Usrah..Betul tak?
Metod dakwah perlu..Alhamdulillah..~

Pasific Bowl ni..dan dimana ana?ana seperti biasa Photography tidak diiktiraf..hikhik


Solat zohor berjemaah..di Masjid Muhammadi,KB..
Berusrah sekali lagi di Masjid ini..sempat lagi bertukar cerita,berlaga lutut,khusyuk bercerita dan menyelesaikan masalah..tuuuut...tuttt,solat zohor belum lagi..jadi bergegaslah kami untuk menunaikan solat zohor kerana selepas itu kami akan ke PCB (Pantai Cahaya Bulan) untuk meraikan hari jadi Wan Nor Amirah @ Miera Wan..* serious surprise utk dia..

memandangkan semua doh lapar *perut ana doh nyanyi lagu keroncong gitu..jadi kami amik keputusan untuk beli makanan dan makan sama2..Alhamdulillah,kami memilih Nasi Ulam Cikgu (lama xmakan katakan..hehe)
Kami tiba di PCB dalam kul 3 petang gitu,*ingt2 lupa pula..hehe..memandangkan di pantai maka kena la order air nyor kan,pelik pula kalu order air teo beng kan..hahaha..jadi kami semua tempahla air nyor,.. *teringat ayat kawan ana :- 'sy nak air nyor dalam nyor'..haha..(air kepala dalam kelapa..means = dlm kelapa itu sendiri..maka,kami nikmatilah hidangan makan tengahari..opsss,makan petang di tepi pantai..di bawah pondok yg sgt rndh dan sentiasa berlaga dengan atap pondok..hikhik..


Juadah untuk dinikmati oleh kami berlapan..ada lagi di meja sebelah,siap minta meja tambah gitu..hikhik



Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Nor Amirah,
Allah selamatkan kamu...*tepuk tangan..hehe..

Terkezut mierah,sehingga tak terkata2,kek pula dibuat spesiel untuk dia..dr Dyla Zul,nama famousnya..hehe..
*nasib baik tak mengalir air mata mierah kalau tak,kami pun sedih..
Apa2 pun selamat hari lahir,semoga pnjg umur,murah rezeki..ermmmm,yg penting thun ni PRU13 anda akan mengundi..1 undi untuk Islam..hehe *ambo pun..Alhamdulillah..tak sabar nak tiba hari ngundi,ambo buleh ngepeng + main ngundi..perghhh,ada gaya yb tak?kalu lecturer ana dia kata ana ni bakal bini yb (tyme ana present..uhhh)dhsyt juga gini..biarlah ianya hanya gurauan,takut seandainya itu realiti..hehe


enak rasanya..buatan tangan Dyla Zul..tempahan :- *sila hubunginya di 011********..hehe


makan punya makan sehingga kenyang..Alhamdulillah,
berkat berkongsi,sama2 menikmati kekenyaan yg sangat kenyang..Alhamdulillah..
kemudia,kami seperti biasa takkan lepaskan peluang untuk bergambar di sini...*dan seperti biasa sy lah photography nya..haha..
tapi pic ini diambil oleh kawan Ayuni yg kebetulan datang ketika kami selesai menjamu selesa,jadi dapatlah bagi kat dia kamera..opsss,silap,telepon yg ada kamera..sebab ana pun nak masuk sama..hikhik..


gaya sopan dari kami..penambahan seorang ahli jadi 9 (org PCB juga..hehehe)*lewat sampai...


Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar dengan izinNya..
Inilah kenangan yg paling manis..dan satu lagi..kami sempat berpakat untuk menyertai Treasure Hunt + Pertandingan Marhaban ghtu..so,kami akan ada nama baru kemudian hari..InsyaAllah..hehe..
Doakan kami..kami memang suka buat kerja pelik2 ghtu,gila2 sikit otak kami ni tapi bab perkara penting kami mahu menjadi sebahagian orang yang penting..kerana kami tahu tanggungjawab kami..
Kami cukup nakal di sekolah dahulu,sehingga batch kami sangat famous..hehe..itulah kami..tp kami sangat sayangkan adik2 kami semua iaitu adik2 Yayasan Islam Kelantan..kerana mereka juga seperti kami,..

"Pahni gapo2 mihah akan roger kita,mihah Pengarah Program"..---hahaha..diiktiraf selaku pengarah program..kononnya lah katakan..uh,Pemudah cara jah kita ni..haha

"mu je pahni jadi tolong amik gambar.." ---bermakna takdok dalam gmabr la sy ye..uhhh,dhsyt sungguh..photography tak diiktiraf ni..hehe..MCM Photography katakan *ngoya jah + perasaan sendri..hakhak..

erm2,ramai yg jealous ni..*bukan sje buleh amik gmbar,bab posing style gni korang ada..hakhak..*jgn riak mihah..ak bagi kan..haha



Duhai Sahabat,
Susah senang kita hadapi bersama,
Ukhuwwah kita tidak terjalin hanya dengan kata2,
Perbuatan dan perlakuan itulah segalanya..

Alhamdulillah Ya Allah.
Kau telah temukan aku dengan mereka,
Insan yg menerima diri ini,
Lantunan nasihat seringkali diulangi,gelak tawa sering diserikan,tangisan sering mengiringi,
Perjuangan kita ini sebagai HAMBA Allah,...

Moga kita akan bersama,
hingga ke syurgaNya..
Ukhuwwah Until Jannah..~~

:: ALLAH DIHATIKU SELALU,RASULULLAH DI JIWAKU..::