Friday, December 30, 2011

FATRAH IMTIHAN..

                                            perjuangan m'mrlukan pgorbanan,
                                            pengorbanan m'mrlukan ksungguhan,
                                            ksungguhan yg ikhlas akn m'lahirkan kjyaan,
                                            dan kjyaan itulah yg akn m'beri kebahagiaan...

assalamualaikum...pantun tuju ikhlas buat yg akn m'nmpuh imtihan @ dlm bhsa klate pnggl periksa..hehe..sedar tak sedar ana akn m'nmpuh fatrah imtihan (nak priksa masih smpat b'blog2..ish2..) hehe..ana xnafi mmg sibuk sgt skrg, tp wktu asar ni xpe la kjap release minda ni..lgpn ayah ana pnah kata ' nak baca buku pun, tgklah masa..wktu lps asar org relax, b'sukan ko, buat kijo yg tak dok sangkut dgn baca '..hehe..

insyaallah, ana akn menmpuh final exam b'mula hari ahad ni dgn madah ptma 'Fiqh Dakwah' & madh akhir 'Nahu Maqal'..huhu..ana xtolak knytn bhawa semester ni ana rasa sangat takut utk m'hdapi imtihan b'bnding sem lepas wlaupn sem ni madhnya cuma 7.. tadi smpt g bilik kawan dia pun m'luahkan pkara yg sama, n smpt lg wt lawak 'mgkn nk buleh 4 flat kot..'haha..insyaAllah..(tuah ayam npok d'kaki tuah manusia siapa yg tahu..Allah Yang Maha Mengetahui)..

      mentakhrij hadis...sronok bljr ni..namun takut nak priksa.. ya Allah, permudahknlah...


oleh krana fatrah imtihan smkn m'hmpiri,jdi ana adalah t'baca skit pasal resolusi utk kita lakukan pada dri untuk m'cpai najah baik d'dunia mahupn d'akhirat..(teringt kata2 Dr Engku Tajuddin Engku Ali, 'kita ni meme doh perekso, kita jah tak tak perasaan..kita mula periksa masa mula knal dunia dan tamat priksa pada hari kita m'mejamkan mata utk b'tmu Illahi..)

1.      Mendekatkan diri kepada Allah
Sebagai seorang muslim, sudah pastinya tempat bergantung kita hanyalah kepada Allah S.W.T.  Tujuan sebenar kita menuntut ilmu itu sendiri pastinya adalah untuk memperoleh keredhaan dariNya. Jangan pula kerana kita terlalu sibuk membaca buku dan mengulangkaji pelajaran, solat dilengah-lengahkan, solat berjemaah pula entah ke mana.  Sebaliknya kita seharusnya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah kerana kejayaan yang kita idam-idamkan itu tidak akan datang melainkan dengan izin daripada Allah S.W.T. Apalah sangat kesibukan kita itu jika hendak dibandingkan dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Percayalah dengan usaha dan doa yang berterusan kejayaan pasti akan menjadi milik kita. InsyaAllah.

   2. Menjaga pemakanan
 Pemakanan kita juga seharusnya dijaga sepanjang fatrah imtihan bagi mengelakkan komplikasi-komplikasi yang tidak diingini, terutamanya pada hari kita akan menduduki peperiksaan. Tidak dinafikan makanan seperti mee segera sering menjadi pendamping kepada para pelajar terutamanya sepanjang musim peperiksaan kerana penyediaannya yang mudah dan cepat.Sepanjang fatrah imtihan ini pastinya sebahagian dari kita ada yang akan mengalami stress ataupun tekanan. Jadi, jangan jadikan tekanan menbantuti pergerakan kita. Satu contoh, biasanya tekanan ini menyebabkan kemurungan yang berpanjangan. Jadi, pernah ada seorang murrabi memberitahu coklat dan aiskrim makanan sesuai ketika tertekan. Cubalah...

    3. Penjagaan kesihatan
 Sepanjang fatrah imtihan ini juga, penjagaan kesihatan tubuh badan amat perlu dititikberatkan. Ditambah pula dengan suasana perubahan musim dari panas kepada sejuk yang semakin dirasakan, pastinya ia akan memberi impak terhadap kesihatan terutamanya bagi mereka yang mempunyai daya ketahanan tubuh yang rendah. Dapatkanlah tidur yang cukup agar kita sihat pada keesokkan harinya.

    4. Mengoptimumkan penggunaan waktu
 Dalam kesibukan menghadapi peperiksaan, penggunaan waktu juga seharusnya dioptimumkan untuk perkara yang penting dan berfaedah sahaja. Susunlah waktu dengan baik dan sediakan jadual jika perlu. Kurangkan juga masa kita menggunakan internet sekiranya ia dapat mengganggu tumpuan untuk mengulangkaji pelajaran. Dapatkan tidur secukupnya kerana rehat yang mencukupi berupaya  meningkatkan tumpuan kita semasa mengulangkaji pelajaran dan ini seterusnya dapat menjadikan proses mengulangkaji pelajaran itu lebih berkualiti, InsyaAllah. Dalam kesibukan itu juga, jangan pula kita lupa untuk meluangkan masa menghubungi kedua ibu bapa. Mendengar khabar berita daripada kita pastinya akan menggembirakan hati mereka. “Sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa”.

     5. Menjaga hubungan sesama rakan
 Selain itu, antara perkara penting lain yang tidak seharusnya diabaikan ialah menjaga hubungan sesama rakan tidak kira mahupun rakan sekuliah, rakan sebilik, dan juga rakan serumah. Pada saat begini, emosi sentiasa terganggu. Jangalah terlalu beremosi apabila berbicara dengan rakan-rakan, boleh jadi semasa menuturkan kata-kata ada yang menguriskan hatinya. Oleh itu, jangan cepat melatah. Kerana mereka juga seperti kita, dan rakan ini ibarat jam..apabila baterinya sudah habis, jam itu tidak mampu berdetik lagi...
     6. Sentiasa berdoa, berusaha dan  bertawakal

 Peribahasa Melayu ada menyebut, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu berusahalah dengan sehabis baik dan tetaplah istiqamah dalam berdoa kepada Allah S.W.T. Jangan pula kita sekali-kali berputus asa.
“Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.,” Surah Yusuf [12:87]
 
                           
            ~SALAM IMTIHAN BUAT SAHABAT2 SEMUA..INSYAALLAH
                                               BITTAUFIQ WANAJAH...~
          


Friday, December 23, 2011

UkHuWWaH + IQRA....~

                                        hari pertama masuk kelas iqra,
                                        berdebar rasa hatiku,
                                        telah ku pasang niat hati ini untuk belajar membaca al-Quran dengan
                                        baik...
                                        alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..

                                        pernah terbit di hatiku ini rasa malu teramat sangat,
                                        melihat kesungguhn sahabt yg dlm takhasus perubtan bljr alQuran,
                                        sehingga ku t'tnya pada diri, 'aku ni dlam bidng dakwah?
                                        mana kekuatan ku untuk trun b'sama masyarakat,
                                        Ya Allah, berkatilah kami semua, kurniakanlah kepada kami semua
                                        kekuatan dalm m'yebarkan agamaMu ini...amin..


alhamdulillah, terima kasih kpd smua khususnya ust fajrul hisham ats bimbingan..bimbingan ust, tunjuk ajar, dan nasihat insyaallah akan sntiasa lekat d'hati ni..doakanlah agar ana istiqamah pada jln ini..hanya Allah shja yg dpat m'bals sgla kbaikan ust..buat sahabt2, tidk kiralah d'bidng apa pun kita brada, kita adlah hmba Allah, tugas m'yampaikan mmg sudh m'jdi tnggungjwb kita..ayuh, marilah sama2 kita jadikan al-Quran sbagai pnduan dlm hidup kita...
moga2 kita p'temuan kita dlm halaqah Al-Quran ini m'dpt keberkatan drpd Allah SWT....
tiada istilah b'pisah cuma kita m'punyai tanggjwb yg plu d'sempurnakan demi m'dpat keberkatan drpada Allah SWT srta m'bantu m'yebarkan agama ini...

                           murabbiku, ust wan fajrul hisham wan abdullah...trima kasih ust


      adik2 SMART QARI 2011..moga2 adik2 m'manfaatkan ilmu yg dpt dr abg2 & kakak2..

                                               hari ini kita bersama,
                                               belajar iqra b'sama ust wan,
                                               pahit manis kita lalui bersama,
                                               moga2 ia dpt d'jdikan sbagai bekalan....

                                               sebak hati tika doa d'baca,
                                               kursus iqra melabuhkan trai,
                                               ukhuwwah kita jalinkan bersama,
                                               bertemu kita d'syurga yang abadi....

                                               salah dan silap harap d'maafkan,
                                               almaklumlah diri bukan insan sempurna,
                                               iqra tetap kukuh d'hati, ukhuwwah akan berkekalan,
                                               insyaallah, moga2 Allah bersama kita semua...

p/s:- mood sebak tika ini...
hehe..apa2 pun..kna b'sabar...insan yg b'juang d'jln Allah, b'pisah itu adalah rahmat..
krana 'Bertemu krana Allah, juga b'pisah krana Allah..'

     “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [ Al-Hujurat (49:10 ]

                                              



Thursday, December 22, 2011

TEORi Vs pRAKTikaL...



                                          teori + praktikal = penting ke bnda ni....
                                          praktikal bukn masuk exam pun...teori nk jwb..
                                          sapa kata praktikal tak pnting?
                                          'kalau takut d'lnda ombak, jgn b'umah d'tepi pntai...'

assalamualaikum,..alhmdulillah pada pgi jumaat ni, dapt ana kongsikan sdikit pgisian..lama tak tgk blog ni,
dapt singgh je..tulis hari ni baru smpat...alhmdulillah...

ari tu, mlalui subjek 'KEPIMPINAN ISLAM' yg mana bukn mlibatkan teori smata2, tlah mgadakn stu praktikal tntng smbelihan..kalau kita belajar kita tgk bnda ni snng je kan? hakikt sbnar kalu doh buat praktikal sush bnda ni...b'debar?ayam hampir putus kpala? ketar? smua ada...betullah kata ust Salleh Ismail ( lecturer yg hnadle) 'skrg awak phm, nanti sudh buat praktikal awak tahulah macm mana,'..

                                 bukan mudah nak smbelih walau ayam je....
                                 kalu xde praktikal macm ni..mmg org kg suh smblih pun xtahu..
                                 kadg2 kita tgk bnda ni remeh, sdgkan tanpa pglamn sush nak hadapi...
                                 mcm2 yg kita akan hadapi...

alhamdulillah, mlalui subjek ni bnyk yg dpt ana ambil..ana secra jujur myokong hasrat KJ Dakwah, Ust Syed Azmi yg mana nak jdikan ia sbagai subjek Universiti...subjek ni kali ptama d'letakkann dlm kursus kami..kamilah clon ptama..hehe..moga2 hasrat murni ust2 n ustzh2 FKI mendpt maklum bals dan berjaya..

kalau ada masa, nak je ana minta d'adakan juga praktikal jenazah...praktikal sembelihan sudah.ada lagi iaitu prktikal klahiran, tp yg tu sush skit la....hehe..bab kata ust Zul ' awak rasa nati awk branak la..'hehe..

SYARAT SAH SEMBELIHAN:

  1. binatang yang sihat.- makruh sembelih binatng shingga ptus kpalanya, tapi smbelihan itu
      sah..(nak baik yg Ketua kami xsmpai putus kpala..tidk makruh la)
  2. mesti ada qasad.- nak lakukan smbelihan.
  3. kena pasti halqum dan merihnya putus..( ketar sahabt2 ana masa dok sembelih ni..hehe)
  4. binatang nak sembelih itu mestilah jenis binatang yang halal. ( ayam, itik, puyuh..lembu blh
      korban pula..)
  5. menggunakan alat yang tajam.. - kalau ayam pisau 20 sen pun blh..(yg pnting tajam &
      xm'yakiti binatng smbelihan)
  6. binatng smbelihan mati dgn 1 smblihan je..
  7. bukn d'lakukan oleh org yg dlm ihram.
  8. mestilah orang Muslim @ kafir kitabi.

                          ust Salleh sdg memberi tunjuk ajar kpada group ke-2


                                     ayam 6 ekor semuanya dan semua halal d'makn.....


 napok senang..sbnrnya sush juga..lps smua siap,kita bakar aym itu..buat BBQ + jmuan  
 akhir tahun kls kami...

P/S:-
teori pnting, prktikal juga pnting...
jgn skali2 mgtakan prktikal bnda remeh...
kalu cuma ada teori sdgkan praktikal tidk d'gunakan,
kita tak de pngalaman dlm hidup..

terima kasih shabt2 smua..ayam smua sah makn..
shbt2 b'gnding bahu dgn bgitu baik..
mlm tu, bBQ dlm hujan..nmun Alhmdulillah..

kalau nak suruh shabt2 ana smbelih, berithu ye..
sebab smua doh mahir...trima kasih ust..
moga kursus ini dpt d'pnjgkan mjdi kursus Universiti...
ana mendoakn krsus ini dpat d'trima sbagai kursus universiti..

Monday, December 12, 2011

HATI BEJANA IMAN....~



hati??????? kadang2 b'bolak balik, kadng2 gelisah, ada juga tenang sgt2..bila kita mrasainya? alhmdulillah hati yg tnang bila hatinya sering m'gingti Allah...hati yg glisah bila dri sring gundah dan hati b'bolak balik itulah hati kbnyakkan kita..betul tak? 

Rasulullah SAW bersabda:- “ Dalam tubuh manusia ada segumpal darah, jika baik gumpalan darah itu, maka baiklah seluruh tubuhnya. Jika buruk gumpalan darah itu, maka buruklah kesemuanya. Ketahuilah bahawa gumpalan darah itu ialah hati”.

            Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hati? Apakah pula yang ada pada hati? Hati atau dalam bahasa Arab disebut kibdah. Mungkin ada yang di antara kita akan berkata hati adalah untuk menapis darah kotor. Mungkin para doktor pula akan mengatakan hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolism di dalam tubuh kita. Sebenarnya, buat pengetahuan adik-adik, Rasulullah SAW sendiri banyak bersabda tentang hati tetapi bukan hati yang menyimpan glikogen  tapi hati yang dimaksudkan oleh baginda ialah hati yang boleh menjadi bejana iman kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:-

Manusia itu dua matanya ibarat petunjuk, dua telinganya ibarat pemberi isyarat awas,   lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya ialah perutusan, hatinya pula sebagai raja. Kalaulah rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya”.

Hati yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah lebih penting daripada hati yang menyimpan glikogen. Sebab itulah, kita tidak menggunakan kibdah untuk hati yang menjadi bejana iman namun kita menggunakan istilah qalb yang membawa maksud berbolak-balik. 

            Qalb ini seperti sabda Rasulullah SAW amat penting kepada manusia. Ini kerana hati merupakan raja kepada seluruh tubuh. Seandainya kita tidak menjaganya dengan baik, hati boleh rosak dan mati. Apabila hati telah rosak atau mati, maka keimanan kita kepada Allah SWT akan terganggu selain pancaindera  kita yang lain tidak dapat berinteraksi dengan keimanan secara benar.

Qalb ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap:-
Ø  Qalb yang hidup
Ø  Qalb yang sakit
Ø  Qalb yang mati 

~Hati yang hidup? Apakah dinamakan hati yang hidup? Hati yang hidup antaranya ialah ia masih boleh bergetar dan teralun dengan zikrullah, bacaan Al-Quran dan pelbagai lagi jenis ibadah. Hati itu masih mengingati Allah setiap detik tatkala disebut nama Allah. Selain itu, hati itu akan menjadi tenang apabila ada orang memberi teguran , atau ia akan terasa apabila diberi nasihat. Hati yang hidup juga tidak akan kehilangan sifat pekanya, maka dia akan bergetar untuk segala kebaikan. Firman Allah SWT, mafhumnya:-

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah keimannya, dan kepada Tuhan merekalah sahaja mereka bertawakal”( Al-Anfal:- 2)
                                                                                                                                  

~Hati yang sakit pula ialah hati yang penuh dengan penyakit samada penyakit yang boleh menyembuhkan atau tidak. Penyakit hati yang kebiasaanya wujud pada diri kita ialah penyakit bersangka-sangka, marah, hasad dengki dan lain-lain lagi. Dr Majdi Al-Hilali menyatakan hati merupakan medan pertempuran antara nafsu dan keimanan. Jika hati kita mati , maka mudahlah nafsu akan memenangi pertempuran itu tanpa perlu bersusah payah. Jatuhlah manusia ke gaung yang dalam menghadapi kesukaran yang berganda-ganda dahsyatnya untuk berpatah balik. Dan belum tentu lagi manusia itu mampu berpatah balik kerana hatinya telah mati, walaupun Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mari kita renungkan, bagaimanakah hati yang tumpul, yang hilang kepekaannya dan sensitivitinya hendak kembali kepada Allah? Bagaimana seseorang itu hendak merasa ulikan kasih saying Allah SWT sedangkan hatinya tidak boleh berdenyut merasa?

                             check hati..kemudian bg ubat, jga baik biar cept smbuh...

~Hati itu boleh sakit, tetapi setiap penyakit ada rawatan dan ubatnya, kecuali penyakit tua dan mati. Namun hati adalah istimewa, ia tidak akan tua, adapun jika hati itu mati sekalipun, ia masih boleh dihidupkan kembali. Kibdah mungkin tidak boleh, tapi qalb semestinya boleh. Selagi mana jiwa itu mahu kembali kepada Allah, ubat-ubat dan rawatan-rawatan akan sentiasa ada menunggunya.

Rasulullah SAW bersabda :- “ Sesungguhnya hati itu boleh berkarat seperti mana berkaratnya besi.” Maka sahabat-sahabat bertanya, apakah yang boleh memmbersihkannya, Rasulullah SAW menjawab, “Membaca Al-Quran dan mengingati mati”. 

Rasulullah SAW juga ada bersabda mafhumnya:- “ Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadamkan keburukan itu dengan keburukan juga, tetapi keburukan itu dipadamkan dengan kebaikan, sesungguhnya yang kotor itu tidak akan menyucikan yang kotor”.

Oleh itu, penyelesaian yang terbaik ialah melakukan kebaikan untuk memadamkan kerosakan hati dalam diri kita. Taubat sudah pasti jalan daripada jalan-jalannya. Istiqamah pula akan menjadi tongkatnya. Kita perlu kuat untuk membersihkan hati kerana ia merupakan tempat iamn bertandang. Manakala, iman pula hanya boleh mengalir ke seluruh pancaindera apabila diselubungi iman. Jika hati rosak, iman akan tersekat dan seluruh tubuh akan menjadi bejat dengan dosa dan maksiat. 

Oleh itu, kita perlu bersihkan dengan melakukan amal-amal yang bersesuaian pada peringkat permulaan. Jangan telalu mendesak untuk melakukan amal-amal yang berat tetapi tidak istiqamah tetapi lakukanlah amal yang ringan berserta istiqamah dalam menjalaninya. Insya-Allah hati akan senang melakukan ‘hijrah’ yang kita lakukan. Antaranya, memberi salam, senyum, sedekah seminggu sekali, mengutip sampah yang kita Nampak, membaca Al-Quran ( paling malas pun biarlah sehari satu muka surat ), berzikir, berdoa ( doalah untuk keluarga, sahabat-sahabat dan diri kita juga ), istighfar dan paling penting jaga solat lima waktu ( kadang-kadang perlu juga berjemaah ). Seandainya kita istiqamah dan istimrar dalam melakukannya, Insya-Allah hati akan terpelihara, dan kehitaman hati akan tercuci.

Sesungguhnya kemanisan hidup seorang hamba adalah apabila dia mendapat keredhaan Tuhannya. Jadi kita harus berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Yakinlah, sekiranya kita menghampiri Allah selangkah, Allah akan menghampiri kita seribu langkah , dan sekiranya anda berjalan mendekatiNya, maka Dia akan berlari dengan pantas mendekati kita. Rawatlah hati kita, andai merasakan ada titik titik hitam kerana titik itulah yang menjadi pemisah antara kita dan Allah. Suburilah hati dengan iman. 

                                     





Tuesday, December 6, 2011

~pengaLAMAN PerTaMAKu...~



assalamualaikum..pembuka bicara..sudah lama tidak b'sua..(hehe..pantun 2 kerat,rekaan d'larut malam..) t'lebih dahulu maaf sudh lama xb'blooger, bukn apa lokny bz skit..almaklumlah hujung2 semestr kan..tmbh2 ngn line yg clearnya xsprti 'clean n clear'..hehe..apa khbr agknya kawn2 ana (kalu ada yg singgh 'tonton' blog ana la..)
#ana nk mite tlg skit blh tak..kalu singgh tu komen la ye..hehe..apa2 pn jasa plng bsar adlh cik apple yg 'stia' je dia..hehe..

erm, entry ana nak kata plik, xlah sgt..namun inilah pglmanku..pglman p'tama?mybe xleh lupa kot..hehe..
malu nak oyt, pglm prtama yg ana maksudkan ialah pglamn ke KUALA LUMPUR.. hehe..nak tahu tak knap? snang je jawpn dia..dr ana kecil hngga skrg inilah kali ptama ana dapt ke KL..rasa b'syukur sgt..coz doh lama ana nak rasa pglamn sndri brda d'KL..sblm ni dgr je...apa nak oyt..d'seblik prsn kagum n bngga dgn ibu kota yang pesat m'bngun d'tmbh bngunn yng tingi2 m'gapai awan..namun t'selit satu prsn yg ana tkutkan iaitu 'keadn umat hari ini yg m'gejar harta dunia tnpa m'gmbil tahu perihal akhirat?'..ya Allah, brilah kami rasa b'syukur d'ats sgla nikmatMu....~

ana ke KL sbnrnya lawtn kls, lbih tepat lagi amali dakwah..ada dlm profoma pgajian kiranya...hehe..sini ana akn cte srba skit pglamn ana ke KL slama 3 H 2 M..m'mndngkan ana ni 'rajin lebih' so ana nk cte la kt sni pasl lawatn tu @ nama kls skit 'KEMBARA DAI'E'.. sebab apa dai'e? SBB ana kan amk jurusan dakwah..hehe..

cerita ana akan b'mula..........( pnjg kaloh ni...hehe..)
ana & kwn2 b'tolak dr sni kul 10 malm lebih kurng dgn sbuah bas d'pruntukkan kpada kls kami.. dan blngn yg pergi cuam 40 drpd 73 pljr ( asalnya minta 2 buah bas, nak bg semua pegi..nmn pada trkh tu..bnyk plok aktviti yg b'lngsng..jdi phak pgrusan cuma blh bagi bas satu je..so ada lah yg xleh pegi..jdi nk bg adil, kls ana 20 org, kls stu lagi juga 20..yg pgi 40, 10 lelaki n 30 prmpuan, pgirng 1 + anknya, 2 driver..

nak d'pndekkan crita..kami smpai kt Masjid Negara kul 6 pagi..wk2 sbuh, kami pn apa lagi kendri la..aslnya kul 7.30 pg nak g cri tmpt makn..tutt..pgirng kata makn kat snilah..trunlah kami..hehe..m'mndgkan kami nk ke Muzium Kesenian Islam yg ltaknya jauh....dpan masjid Negara je..jadi kami t'pksalah mnunggu shngga muzium tu buka pada kul 10 pagi..bygkan lama nya kami brda d'skitr masjid...tgk la apa yg kami buat mgisi masa agr xt'buang bgtu shaja..hehe


                    ni la masjid ngra..msti prnah tgk kan..live solat jumaat...besr kaloh la..


                      posing jap..selps mlwt Makam Pahlawan..(ana malah komen kat sni....)


                                 masing2 excited blh b'gmbr kt sni..bab kta kwn ana, tmpt pntg ni..hehe

ok..selepas tu..ana mcm malas plok nk mnulis...hehe..tgk la gmbr kt bwh ye...ana buat masuk dlm blog nio coz nak kwn2 ana blh baca..hehe...soorryyyyyy ye kwn2..ana wt masuk kngn kita b'sama...hehe...nati nak plok ajatnya..xpuah ag..hehe..


              masing2 xsbr nak masuk Muzium kesenian islam..yg kt dpn ni..xleh tgk kmera..hehe


               dgr taklimat dulu dr pgawai muzium sblm mmulakn p'jelajahn dlm muzium..


 yg ni mmg xleh nk d'lupakan...jdi tetamu Al-Kuliyyah ai jumaat 02/12/2011 (5-6 PM) kt Bukit Jalil smpna Jom Heboh...masuk tv taw..sape tgk ai tu tjuknya ' TIKet Ke Syurga' adalah muka kami smua...hehe...siap pakat heboh ke ank branak,kawn2 n ore kg pn ada rasnya..hehe..(first tyme msuk tv...)


       ust fauzi sulaiman hos paling mantap AL-Kuliyyah bersiaran stiap jumaat,,jgn lupa tgk..hehe


          menjadi tetamu jmputan TV Hijrah,rncgn SOLEHAH..masuk TV plok..pamous g2..hehe


               suasana malam..tv hijrah ltak d'sblah muzium ksnian islam, dpn msjid ngra...hehe


      pgawai pgirng yg sportng, ust shaiful bahri dan ankanda ksygnnya nabila insyirah...
                    (awl2 dia tkut kitorg, ph2 bukn main lgi syirah ngn kak2..suko dia..)


       mengadakan interaksi dengan pljr dakwah dan kpimpinan UKM...tq ats lynan mantap
          kalian..jmputlah dtg sni plok ye..hehe..moga2 p'juangan kalian m'yuntik
           smngt kami utk b'sama2 kalian dlm era pjuangan dkwah ini....
                  (pjlan hari t'akhir....sblm d'lpaskan d'SOGO utk bli belah..)

ok la ye..kterngn b'cmpur ngn gmbr..hehe...\ana dan kawn2 d'lpskan kt SOGO..dia bg masa 3 jam stgh utk kitorg jln2 smbil bli buah tngan nak bawa balik...ana dan kwn2 xla pegi SOGO, lgpn nk beli apa kat sna..apa2 pun trma kasih kpd k.ecah yang ,'bawa ana dan kwn2 yg lain nail Rapid KL versi LRT utk ke Jln Masjid India..k.ecah kta ' ni baru sbhgian kita pegi..'..nati kita tmpah k.ecah jdi 'pmndu plncong' ye...kjp je naik LRT sero supo xse trun jah...hehe..

oklah..ana nak mte dri dlu la ye..lwt doh etek ni...ana mohon maaf ye..kalu ana jrg blooger tu, cik apple jgn marah ye..ana doh nak hdpi laluan sukar coz final exam doh xlama..doakan kjyn ana ye..b'derax2 juga, tugasan tidk d'lupakn..bab kata lecturer ana 'mmg tugas awk sbgai plajar..jadi kna buat la sprti pljr..hehe' btul juga.....KL ana doh pegi,pahny ajat nak g jauh lagi....tmpt bngunan pnuh jln smpai doh..ajt nak g 'winter sonata' versi malysia la plok....CAMERON HINGLAND...~ ( ana t'ingt crita sore adik tu..best kaloh la...dia abis exam PMR bru ni..mte ngn family dia nk g cameron, fmily dia pn buwi dia pegi..blnja smua pamily dia tnggung...besnya..kalu g2...erm, ana nak cti awl bln 1 ni 3 mggu sblm msuk sem baru, so spo2 nak spnsor ana 'jln2 cri pglamn, duit poket kna bagi' blh la hbngi ana...ana amat2 suko......hehe..kalu rasa nak spnsor jauh pn blh..Mekah ke @ Turki ke @ Jordan ke..haha)ok.......



                              Kuala Lumpur kami dtg lagi......kalu ada duit lebih,..haha..



                                         kalau ada sumur di ladng, boleh kita mnumpng mandi,
                                   kalau duit belnja dlm tmpoh yg pnjg, insyaallah smpailah kami lagi....hehe

    # gambr2 ini d'ambil mggunakan kamera 2 buah telefon SONY yg b'gaya dan 1 buah NOKIA yg alah bisa tegal biasa...tgk, xpayah guna pixel yg gans2 pun, gmbr ni ttp mnarik....maaflah xsmpat nk m'gedit gmbr..yg asli lagi mnarik..hehe.....tidk ktinggln 1 buah kamera k.rubi juga ada b'sama m'rakam mmori manis ini..hehe.....

Tuesday, November 22, 2011

~ Banjir Oh Banjir...~







 Assalamualaikum...pembuka bicara kerana lama sudah tidak menjenguk blog ni... alhamdulillah kali dapat kita  bersua kembali..(haha..pelik apa..) sebenarnya kekangan masa mghalang ana untk m'jnguk blok..rindu bekaloh la hati ngn jupo cik apple ni..ngeh2...

buat kenalan2, shabt2 @ smualah yg andainya sudi mjenguk blog ana ni, trima kasih yg xt'hingga..inilah blog ana yg hina lagi dina..

entry yg nak cuba kongsi ai ni pasl banjir..agak2 la kat mana la bnjir ni? ce teka..haha.. bnjir ni blaku kat kampus ana..msti korang pelik kan knapa kat kampus pun blh bnjir? meh ana nak jawab...tempat kolej kdiaman ana ni, tmpat dia rendah, jadi faktor untuk jadi bnjir tu besar la kalu ujan lebat b'terusan...

pagi2, musim hujan skrg ana dan kawan2 smua t'paksa mredah air bnjir utk ke klas n aktviti yg b'kaitan.. ada yg mmakai slipar 'jepun' utk mrendah bnjir n ada juga yg pakai redah je..tapi apa yg pnting payung xtinggal la...hehe..ujan kat sini boleh tahan lebatnya n paling menakutkan angin yag b'tiup bgitu kncang skali.. kalian tahu tak, ana balik2 je sakni, syiling bilik ana dah t'cabut..alhamdulillah nasib baik xdok orang dalam bilik..

erm..biasalah musim2 skrg, pljr2 mana ada yg nak turun dr bilik kalu xde hal penting..mcm ana sndiri pun, ana trun nak pegi klas je..slain itu ana pkir dua kali...ngeh2..bukan apa, angin b'tiup kncng, kalian byangkanlah kita bjalan lawan angin..fuh, rasa mcm nak t'balik je b'jalan... huhu...

pahtu,yang ana nak kongsi air kat bawah punyalah bnyak, tp kat rmah xde air la plok..aduh, frust sungguh.. agak2 kalian la, mcm mana la kalu air xdok dlm khidupan shari2? msti susahkan..bgitulah kami...balik kuliah doh la kna redah banjir, pahtu nak cuci pakain hok kotor pn xblh coz xde air..faham tak?ngeh2..air kat umah ni doh 5 hari xdok..nak mandi kna g cari sumbr tmpat lain, sblm tu kna redah air plok..haha...knapa xmandi je air bnjir tu? jawapan..kotor tu..ke blh wat rebus air..haha.. namun, alhamdulillah pagi tadi kat rumah ana doh ada air (ingt nak wt demotrasi atr memorandum doh....pasal maslh air, acap sgt xdok air..) namun kat rumah kawn2 yg sma blok ngn ana masih belum ada... moga2 air kat bilik ada la..coz air satu kprluan yg sgt pnting.. bab kata kawan ana 'air ni pting, baik xdok elektrik dr xdok air..' jwapan anda??????jwab sndiri....

napoknya ana kna b'hnti la d'sni dulu..ana ada kls kjp ag..insyaAllah jikalau ada masa t'luang ana akn post lagi..cik Apple jgn marh2 ye, coz lama xonline...cik Apple marh xcntik..hehe..jgn rndu2 kan ana ye...

~buat adik2, jgn main air,bhaya..syangilah nyawa anda... kawan2 blok ana n bok2 yg kna bnjir, jgn excited sgt blh ,main air, nati demam..final doh hampir..jaga baik2 aurat kita, nati jadi buah mulut para muslimin...nanti kita juga yg d'kutuk mereka..dan SABARLAH m'hdapi smua ni...smuanya ada HIKMAH d;sbalik apa yg b'laku.......~


                                          ni yg tmpat ana dan kawan2 akn redahi sblm ke kls.....



                                       ni yang depan blok..kitorng mmg xlalu doh sni, dalm airnya..


                             masa ni angin kuat sgt,tgk pokok tu..pak cik guard xttup doh jln ni..

 



                                            


Wednesday, November 2, 2011

~SALAM AIDILADHA...PERBANYAKKAN AMALAN DGNNYA...~




DALAM bulan Zulhijah yang mulia ini, ada satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah SWT, selain daripada Jumaat iaitu pada 9 Zulhijah yang lebih dikenali sebagai hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah, satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji.

Pada hari itu, Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. 

Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah SAW:- 

Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :-

Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Sahabat bertanya, “Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?”. Jawab Baginda, “Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun. (Hadis Bukhari)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda :-

Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid. (Hadis Ahmad).

Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan  besar manusia padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.

Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.
Dari sudut sejarahnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Arafah itu berasal dari pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah. Ada juga ulama yang me-nyatakan bahawa ia berasal dari peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Allah Ismail AS yang lama berpisah.

Sebahagian ulama pula berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang menghayati perintah Allah SWT yang tersirat di dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh kerana itulah, hari Wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud ‘hari renungan’. Dikisahkan, Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya berturut-turut dan akhirnya Baginda faham (Arafa) maksud mimpi dan terus melaksanakan mimpi berkenaan.

Selanjutnya, perhimpunan secara besar-besaran di Padang Arafah menyaksikan suatu jalinan kemas persaudaraan Islam dan juga kesatuan ummah yang utuh agar mereka bersatu teguh dan bersemangat padu dalam meneruskan kesinambungan Islam untuk bertapak di atas bumi Allah ini, bahkan juga meneruskan tradisi kecemerlangan Islam yang telah dirintis oleh generasi Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat serta generasi selepasnya.

Tambahan pula, jalinan yang terbina atas paksi ketakwaan ini dengan pakaian ihram yang sama putih, tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang, umat Islam melupakan segala prejudis perkauman atau kebangsaan, warna kulit, taraf kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya.
Semuanya ini adalah untuk menyedarkan umat manusia bahawa mereka semua pada hakikatnya adalah sama rata di sisi Allah dan mereka semuanya pada hakikatnya berasal daripada tanah.     
                                                                                                             
Begitulah antara kelebihan yang terhampar pada sepuluh hari Zulhijjah yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Muslim yang beriman akan sentiasa mengintai peluang keemasan yang disediakan Allah SWT pada sepanjang masa dan seterusnya memanfaatkannya demi meraih keredaan-Nya dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Muslim yang paling bijaksana di sisi Allah SWT ialah seorang Muslim yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk hari kemudian.

~Ayuhlah sama2 kita mencari keberkatan dalam bulan Zulhijjah ini agar kita menjadi hamba Allah yang taat dan bertakwa kepada Allah..InsyaAllah ganjaran Allah kepada hamba2 yang ikhlas pasti akan tersedia di akhirat sana..Marilah kita mulakan dengan niat yang ikhlas kerana Lillahi Taala..

~ DAKWAH ITU INDAH..~