Tuesday, November 22, 2011

~ Banjir Oh Banjir...~







 Assalamualaikum...pembuka bicara kerana lama sudah tidak menjenguk blog ni... alhamdulillah kali dapat kita  bersua kembali..(haha..pelik apa..) sebenarnya kekangan masa mghalang ana untk m'jnguk blok..rindu bekaloh la hati ngn jupo cik apple ni..ngeh2...

buat kenalan2, shabt2 @ smualah yg andainya sudi mjenguk blog ana ni, trima kasih yg xt'hingga..inilah blog ana yg hina lagi dina..

entry yg nak cuba kongsi ai ni pasl banjir..agak2 la kat mana la bnjir ni? ce teka..haha.. bnjir ni blaku kat kampus ana..msti korang pelik kan knapa kat kampus pun blh bnjir? meh ana nak jawab...tempat kolej kdiaman ana ni, tmpat dia rendah, jadi faktor untuk jadi bnjir tu besar la kalu ujan lebat b'terusan...

pagi2, musim hujan skrg ana dan kawan2 smua t'paksa mredah air bnjir utk ke klas n aktviti yg b'kaitan.. ada yg mmakai slipar 'jepun' utk mrendah bnjir n ada juga yg pakai redah je..tapi apa yg pnting payung xtinggal la...hehe..ujan kat sini boleh tahan lebatnya n paling menakutkan angin yag b'tiup bgitu kncang skali.. kalian tahu tak, ana balik2 je sakni, syiling bilik ana dah t'cabut..alhamdulillah nasib baik xdok orang dalam bilik..

erm..biasalah musim2 skrg, pljr2 mana ada yg nak turun dr bilik kalu xde hal penting..mcm ana sndiri pun, ana trun nak pegi klas je..slain itu ana pkir dua kali...ngeh2..bukan apa, angin b'tiup kncng, kalian byangkanlah kita bjalan lawan angin..fuh, rasa mcm nak t'balik je b'jalan... huhu...

pahtu,yang ana nak kongsi air kat bawah punyalah bnyak, tp kat rmah xde air la plok..aduh, frust sungguh.. agak2 kalian la, mcm mana la kalu air xdok dlm khidupan shari2? msti susahkan..bgitulah kami...balik kuliah doh la kna redah banjir, pahtu nak cuci pakain hok kotor pn xblh coz xde air..faham tak?ngeh2..air kat umah ni doh 5 hari xdok..nak mandi kna g cari sumbr tmpat lain, sblm tu kna redah air plok..haha...knapa xmandi je air bnjir tu? jawapan..kotor tu..ke blh wat rebus air..haha.. namun, alhamdulillah pagi tadi kat rumah ana doh ada air (ingt nak wt demotrasi atr memorandum doh....pasal maslh air, acap sgt xdok air..) namun kat rumah kawn2 yg sma blok ngn ana masih belum ada... moga2 air kat bilik ada la..coz air satu kprluan yg sgt pnting.. bab kata kawan ana 'air ni pting, baik xdok elektrik dr xdok air..' jwapan anda??????jwab sndiri....

napoknya ana kna b'hnti la d'sni dulu..ana ada kls kjp ag..insyaAllah jikalau ada masa t'luang ana akn post lagi..cik Apple jgn marh2 ye, coz lama xonline...cik Apple marh xcntik..hehe..jgn rndu2 kan ana ye...

~buat adik2, jgn main air,bhaya..syangilah nyawa anda... kawan2 blok ana n bok2 yg kna bnjir, jgn excited sgt blh ,main air, nati demam..final doh hampir..jaga baik2 aurat kita, nati jadi buah mulut para muslimin...nanti kita juga yg d'kutuk mereka..dan SABARLAH m'hdapi smua ni...smuanya ada HIKMAH d;sbalik apa yg b'laku.......~


                                          ni yg tmpat ana dan kawan2 akn redahi sblm ke kls.....



                                       ni yang depan blok..kitorng mmg xlalu doh sni, dalm airnya..


                             masa ni angin kuat sgt,tgk pokok tu..pak cik guard xttup doh jln ni..

 



                                            


Wednesday, November 2, 2011

~SALAM AIDILADHA...PERBANYAKKAN AMALAN DGNNYA...~




DALAM bulan Zulhijah yang mulia ini, ada satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah SWT, selain daripada Jumaat iaitu pada 9 Zulhijah yang lebih dikenali sebagai hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah, satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji.

Pada hari itu, Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. 

Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah SAW:- 

Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :-

Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Sahabat bertanya, “Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?”. Jawab Baginda, “Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun. (Hadis Bukhari)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda :-

Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid. (Hadis Ahmad).

Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan  besar manusia padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.

Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.
Dari sudut sejarahnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Arafah itu berasal dari pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah. Ada juga ulama yang me-nyatakan bahawa ia berasal dari peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Allah Ismail AS yang lama berpisah.

Sebahagian ulama pula berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang menghayati perintah Allah SWT yang tersirat di dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh kerana itulah, hari Wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud ‘hari renungan’. Dikisahkan, Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya berturut-turut dan akhirnya Baginda faham (Arafa) maksud mimpi dan terus melaksanakan mimpi berkenaan.

Selanjutnya, perhimpunan secara besar-besaran di Padang Arafah menyaksikan suatu jalinan kemas persaudaraan Islam dan juga kesatuan ummah yang utuh agar mereka bersatu teguh dan bersemangat padu dalam meneruskan kesinambungan Islam untuk bertapak di atas bumi Allah ini, bahkan juga meneruskan tradisi kecemerlangan Islam yang telah dirintis oleh generasi Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat serta generasi selepasnya.

Tambahan pula, jalinan yang terbina atas paksi ketakwaan ini dengan pakaian ihram yang sama putih, tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang, umat Islam melupakan segala prejudis perkauman atau kebangsaan, warna kulit, taraf kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya.
Semuanya ini adalah untuk menyedarkan umat manusia bahawa mereka semua pada hakikatnya adalah sama rata di sisi Allah dan mereka semuanya pada hakikatnya berasal daripada tanah.     
                                                                                                             
Begitulah antara kelebihan yang terhampar pada sepuluh hari Zulhijjah yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Muslim yang beriman akan sentiasa mengintai peluang keemasan yang disediakan Allah SWT pada sepanjang masa dan seterusnya memanfaatkannya demi meraih keredaan-Nya dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Muslim yang paling bijaksana di sisi Allah SWT ialah seorang Muslim yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk hari kemudian.

~Ayuhlah sama2 kita mencari keberkatan dalam bulan Zulhijjah ini agar kita menjadi hamba Allah yang taat dan bertakwa kepada Allah..InsyaAllah ganjaran Allah kepada hamba2 yang ikhlas pasti akan tersedia di akhirat sana..Marilah kita mulakan dengan niat yang ikhlas kerana Lillahi Taala..

~ DAKWAH ITU INDAH..~