Saturday, September 24, 2011

~DakwAh iTu InDaH~



ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ
هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ.                                   


Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad ) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih Mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk”

Dakwah bukanlah satu lapangan bidang yang senang. Hati perlu dibajai iman, dikuatkan dengan semangat yang kental, selain dipenuhi limpahan ilmu di dalam diri agar wadah yang disampaikan dapat diterima oleh masyarakat. Ia tidak semudah mengira 1 2 3, seandainya diri tidak dilatih dan diasuh dengan tarbiah yang baik bermula dari kecil lagi.

Dakwah ialah menyeru manusia kearah kebenaran dan mencegah pada kemungkaran. Dakwah ini ibarat jihad. Jihad bukan semata-mata peperangan ketika mengangkat senjata tetapi kesungguhan dan kecekalan menjunjung risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan menyebarkan dan mengamalkannya merupakan satu perjuangan dalam menyeru manusia kepada amal maaruf nahi mungkar. Ini merupakan kesempurnaan dakwah agar melalui ini dapat menyedarkan masyarakat tentang kefahaman Islam  yang sebenar.

Selain itu, dakwah ini merupakan tugas keagamaan yang terbesar. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk menyeru dan mengajak manusia kearah kebaikan. Inilah yang diamanahkan kepada kita agar dapat mencegah kemaksiatan yang berlaku dengan sama-sama saling memperingati dan tegur-menegur antara satu sama lain. Antara rukun-rukun dakwah ialah pendakwah, orang yang didakwah ( mad’u ), tajuk ( موضوع ) dan wasilah. Ini perlu dititikberatkan agar konsep dakwah yang dipegang mencapai matlamat yang bukan sahaja dinilai di dunia malah di akhirat kelak. Pendakwah yang mantap bukan sahaja dapat memimpin manusia ke jalan yang lurus namun apa yang penting pendakwah ini perlu memahami kehendak mad’u yang sentiasa berubah-ubah selain telinga dan mata yang sentiasa peka terhadap persoalan persekitaran yang berlaku.

Hukum berdakwah adalah wajib. Ini kerana berdakwah ini merupakan satu perbuatan mahupun perkataan yang mengharapkan perubahan kearah kebaikan. Jiwa manusia yang gersang perlu sentiasa dicuit agar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh mengheret ke lembah kehinaan. Di sini perlunya dakwah itu agar dapat menghindarkan diri terjebak daripada kemungkaran. Walaupun dakwah ini mendapat tempat dalam hati masyarakat sekarang, namun ia bukan bererti memberi peluang kepada para dai’e untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira aspek pelaksanaan yang ingin dipamerkan pada mad’u. Ganjaran yang paling besar dikira oleh Allah SWT bukannya ganjaran duniawi yang akan membuatkan para dai’e tidak ikhlas dalam menyeru dan mengajak manusia kea rah kebaikan.

Walaupun betapa sukar dan peritnya menyelami bidang dakwah ini, namun inilah duri-duri perjuangan yang perlu kita tempuhi kerana orang yang menjadi pendakwah ini merupakan pewaris Rasulullah SAW yang berdiri tegak di atas nama Islam untuk menjunjung dan menjulang dakwah Islamiah. Seandainya kita merasa tertekan, selamilah perjuangan dakwah Rasulullah SAW yang sentiasa mendapat tentangan hebat ketika menyampaikan dakwah. Baginda tidak pernah berputus asa dan patah semangat walaupun pernah diancam dengan ugutan bunuh. Oleh itu, kita harus mencontohi perjuangan dakwah yang diajar oleh baginda agar matlamat kita untuk memimpin manusia kearah kebaikan akan tercapai.


 tugas menyebarkan phman agama itu bukan utk lelaki shja,muslimah jg memainkn
 peranan penting..(Allahu Akbar..)

Rasulullah SAW bersabda:- ‘ Sekiranya diletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan pekerjaan ini, tidak sesekali aku akan tinggalkan sehingga aku tertewas atau menemui ajal’. Begitulah pentingnya dakwah ini pada baginda. Jadi, menjadi tanggungjawab kita selaku umat Nabi Muhammada SAW untuk meneruskan warisan yang ditinggalkan oleh baginda ini. Betapa pentingnya dakwah ini yang mana telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu kita untuk kita melaksanakannya. Tugas ini bukan sesuatu yang mudah andai diri tidak dipenuhi dengan ilmu. Ilmu pengetahuan yang bermanfaat boleh membimbing mereka mengenali Tuhan selain memenuhi ruang-ruang yang kosong dengan mengajak mereka kearah kebenaran. Penyebaran dakwah bukan terhenti setakat di masjid-masjid, surau-surau, mahupun kuliah agama namun ia meliputi segenap ruang lingkup yang ada agar mereka dapat melihat dakwah yang dibawa ini bersesuaian dengan jiwa dan persekitaran mereka.

            Iman kita sentiasa berkurang dan bertambah ibarat tanah yang gersang perlu sentiasa dididik agar tidak mudah tergelincir ke lembah kemaksiatan. Oleh itu, kita sentiasa memerlukan teguran, nasihat mahupun bimbingan supaya dapat membentuk peribadi yang baik serta kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT. Sudah tentu melalui dakwah ini dapat membantu kita untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik. Selain itu, dakwah ini membawa kita kepada penyatuan antara umat Islam. Pada masa yang sama, hubungan dengan Allah akan terjalin sama. 

            Selain itu, dakwah ini juga haruslah mengikut persekitaran semasa agar mad’u itu dapat menerima dakwah ini. Mungkin kaedah atau cara dakwah sekarang berbeza dengan zaman Nabi Muhammad SAW namun pelaksanaannya hampir sama iaitu mengajak dan menyeru kearah kebenaran. Di sini perlunya metode dakwah yang sesuai seiring dengan perkembangan semasa. Dakwah yang efisien dapat memandu mad’u itu membaiki  diri mereka agar tidak terjerumus kepada kemaksiatan.

            Melalui dakwah juga akan menyedarkan umat Islam akan hakikat dunia akhir zaman yang mana perlunya pada mengajak mereka kepada jalan yang lurus. Kita perlu menyedarkan diri sesungguhnya dakwah berperanan dalam mengagalkan konspirasi-konspirasi yang diwujudkan oleh puak Yahudi untuk menghapuskan bangsa yang beragama. Ini merupakan bentuk dakwah dalam agama. Demi mengangkat martabat Islam kita perlu kepada tarbiah dakwah itu sendiri.

            Akhir sekali, pentingnya kita berpegang teguh terhadap Al-Quran dan Hadis dengan menguatkan kefahaman terhadapnya. Ia menunjukkan bahawa sumber yang paling soheh dalam membuat rujukan adalah Al-Quran dan Hadis. Sebagai contoh, seseorang yang ingin mendakwah orang bukan Islam ( Non-Muslim ), perlulah menggunakan fakta dan hujah yang dapat membuka mata mereka untuk menyelami betapa indahnya Islam itu. Demi mencapai matlamat, mendapat redha Allah SWT di dunia dan akhirat, pendekatan yang kita ambil untuk menyeru manusia kepada kebenaran mestilah sesuai bukannya terlalu mendesak. Dakwah ini ibarat ‘matahari yang sentiasa memancarkan cahayanya pada seluruh alam walaupun kemunculannya tanpa diminta’ bertepatan dengan dakwah yang perlu kita susuli setiap masa agar manusia tidak terpesong daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemaksiatan. Inilah tugas dalam lapangan dakwah, memerangi maksiat agar manusia kembali kepada kebenaran.

~Ayuh semua kita jalankan peranan kita selaku pewaris pjuangan Nabi MUhammad SAW.. insyaAllah moga2 rhmat dan redha Allah bersama kita semua...~

No comments:

Post a Comment