Wednesday, October 31, 2012

Akanku Sahut Perjuangan ini..---



Langkahku baru bermula,
sebagai pejuang untuk membangunkan Islam,
walau aku pernah dibenci,dikritik apatah lagi dimaki,
apa aku peduli..kerana aku ada tanggungjawab..

Ye..tanggungjawab..bukan mudah,bukan mampu kucapai dgn tngan andai kudrat tak kuat,
sebab aku tidak setabah pjuang2 di zaman sebelumku,
namun,aku tidak pula mudah menyerah kalah,
kerana Islam memerlukan diriku untuk berjuang di medan ini..

Di medan ini,di medan jihad, di medan dakwah,
aku bersyukur Ya Allah,
telah memilih driku merasai manis pahit perjuangan,
membuka ufuk pemikiranku merentasi sempadan dunia..

Penguat smngtku adlah doa dan munajatku kpadaMu,
bisikan kalam taujihat insan berpengalaman,
teman2 yg menyokong,teman2 yg m'kritik malah teman2 yg tidak buat pduli,
semua membuatkan bljr makna perjuangan...ye perjuangan..semestinya perjuangan..

Dari Abdur Rahman bin Samurah RA katanya :- "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Hai Abdur Rahman,Janganlah engkau meminta-minta hndak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan,tanggungjawabmu akan besar sekali.Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan,engkau akan dibantu orang dalam tugasmu" (Riwayat Muslim)

Tanggungjawab merupakan satu amanah yang sangat berat dan hanya layak dipikul oleh mereka yang btul2 faham maksud tanggungjawab yang sebenar.Bukan mereka yang sekadar melepaskan batuk ditangga malah inginkan tanggungjawab tersebut semata-mata untuk mendapatkan populariti yang tidak seberapa,untuk mendapatkan nama semata-mata..bukan begitu...

Secara semulajadinya,setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan amanah tersendiri. Oleh itu,berusahalah untuk menerima tersebut dengan sebaiknya. Ini kerana setiap amanah yang diberikan merupakan kepercayaan orang yang memilih kita. mereka percaya bahawa sememangnya layak untuk menunaikan amanah tersebut.


'ana amanahkan anti meneruskan program ini dengan sebaiknya..anti buatlah apa yang sepatutnya dan sesuai dengan fikrah Islam agar adik2 kita ni mampu kita ajak mereka'

'kenapa ana?ana tak layaklah..ana tak de pengalaman dalam handle program..kalu ada pun jadi ajk je...(Ahli Jong kalut..hehe)'

'daripada seorg AJK,anti mungkin suatu hari nanti buleh menjadi penggerak utama..ana bukan memilih anti ttapi ini pilihan daripada Allah yg memiliki hati ana dan mengerakkan hati ana utk memilih anti..sebb DIA tahu dan mahu anti dalam memikul amanah ini'



pertama kali,handle program besar yang majoritinya ana xkenal..cukup mengesakkan jiwa..cukup melemahkan smgt ana..ana diumpat krna tidak pandai buat kerja,ana diketepikan dalam memberi pndapat kononnya ana ni slow + masih mntah..aduhai hati bersabarlah..
Namun,Allah tahu apa yg tbaik utk kita..Allah tlh mjadikan ana kuat dan b'kpimpinan agar ana mampu b'suara..bukan mjadi seorg yg sombong tp mjlnkan amanah yg tlh diamanahkan kpd ana..ana bersuara di kala org lain mula mnampkkan ana 'menyusakan' program mreka..andai pula berperang dgn persaan sndiri tp Allah itu Maha Mengetahui..siapa sgka mereka dpt mnerima cdgn yg ana lontarkan dan dpt mnerima ana slaku "pengarah program'..namun,slpas aje prgm ana pernah ptus asa,menyepi m'hilngkan dri..mesej d'biarkan tnpa berblas,tlpn diketepikan tdk b'sahut shngga ana mndpt msg yg kmbali menyedarkan ana,mesej dr insan yg mahu mlihat ana bngkit,mahu mliht ana mnruskan pjuangan ini,mahukan ana dlm gerakan ini..........

"Saad bin Abi Waqas berkata :- Aku adalah anak panah Islam,campakanlah aku ke mana sahaja aku pasti berjuang untuk Islam"..yang tua pasti mati,yang muda perlu bangkit..yang lama pasti buruk,yang baru pasti mencantikkan..yang hensem pasti berkedut,mesti ada pelapis untuk terus mengerakkan Islam di muka bumi ini..takkan nak tengok sahaja,takkan nak tumpang sumbangan orang sahaja..kenalah bagi sumbangan juga..biarlah kecilpun yang penting nilainya,niatnya kerana Islam..InsyaAllah Allah menganjari pahala..kata nak ke syurga,kenalah penat sikit,kenalah menangis banyak daripada ketawa..kita perlu berjuang utk Islam sbgai mana insan2 sblm kita tlh b'susah payah utk kita pada hari ini..jadi kita kenalah berusaha juga utk gnerasi kita d'masa akan dtg..gnerasi anak2 kita,cucu kita."

Sebagai orang islam juga kita perlu tahu bhwa tnggjwab yang diberikan akan ttap disoal di akhirat kelak. Tanggungjwb ini bukan skdar mgisi kekosongan dlm jwtan @ p'satuan,memenuhi p'mintaan kawn @ skadar mgumpul sjil utk m'mudhkn mdapt kerja nanti..ini tanggjwab kita..janji kita dan Allah..


Sahabatku,
Diri ini bukan suci dari dosa..diri ini tiada ilmu setinggi ulama..
diri ini bukan bebas dari noda..
diri ini hanya hambaNya yg dhaif lagi hina..

Sahabatku,
diri ini juga banyak melakukan dosa,
banyak melakukan kesilapan,panahan mata kadang2 tersasar,
butir bicara menguriskan perasaan,
membuatkan diri ini tertunduk malu tanpa bicara..

Bukan malu pada sesiapa,
cuma malu pada Pemilik Nyawa ini,
yg bila2 masa2 shaja akan diambilnya,
itulah sebabnya diri ini ingin berjuang untuk Islam
agar apabila nyawaku sudah terpisah daripada jasad,
diri ini sudah melaksanakan tanggungjawab ini..satu Amanah dariNya..

buat teman2ku yg sudi membaca entry ini dan sntiasa bertanya khbr mengenai blogku,terima kasih bnyak2..tulisan ana ini tidak hebat,cuma ana mnulis utk dri ana,memperingatkan kmbali dri ana andai ana terlepas pndang dlm urusn sharian ana..skadar p'kongsian dr diri ana yg kerdil dan blog shbt2 sprjuangan yg bnyak memberi ilham kpada ana utk trus berkarya..


"Dirimu terhias sbaik-baik ciptaan. maka,jadikanlah dirimu muslimah yg blh mjadi mujahidah,jihad di jalan Allah.. jadikanlah dirimu fatayat yang dijulang. cantik dipandang,tatpi susah utk dipegang...jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah denga redup panahan mata Adam..biar jiwamu hdup dlm tarbiyyah di jaln dakwah bertintakan dakwah dan air mata perjuangan,dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan utk mujahaddah mnujud Rabbul Izzati..Allah SWT"..


----- dedikasi buat shbt2 sperjuangan dlm mengerakkan gerakan Islam..yg bertaut cinta dlm halaqah usrah,yg mnanggung kmarahn atau kekecewaan yg dilemparkan di atas sesuatu yg tersilap melakukannya,sma2 b'kongsi nikmat kgmbiraan dan kbhgiaan di kala mgetuk pintu hati..yg bersama dan bersatu krna Allah SWT..----Sesuci Ukhuwwah Sekencang Dakwah..---- AKANKU SAHUT PERJUANGAN INI..--





1 comment:

  1. sesuci ukhuwwah..sekencang DAKWAH!
    Alhamdulillah ... ^^

    nur_sughairah

    ReplyDelete