Sunday, December 30, 2012

~ HATI SEORANG WANITA..~

M.U.J.I.B.U.R.R.A.H.M.A.N

"tak payahla nak tunggu suami Nor balik,dia xkan balik punya..nama je belajar agama,ustaz pula tu,hari raya bukannya nak datang jumpa isteri ke anak2 ke..tak dapat terima takdir tapi dah dapat anak 2"marah abang Nor dengan sikap suami adiknya Mujiburrahman..Nor diam tidak terkata apa2,hatinya masih utuh menyayangi suaminya walaupun perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi kehendak keluarga..

Di hari raya,seperti yg ditunggu tidak juga muncul..si anak merengek kerana menunggu kedatangan abahnya di hari yg istimewa..air mata seorang ibu menitis memikirkan nasib anaknya..

Beberapa minggu selepas itu.........

kring..kring..kring....(telefon berbunyi minta diangkat..hehe)
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam..Nor apa khabar?"
"Alhamdulillah sihat.."
"Anak2 sihat ke?"
"Alhamdulillah.."
"Alhamdulillah,abg dok kat rumah mak abg ni..petang ni abg nak ke umah ma (mak mertua),nak jumpa anak2 abg,InsyaAllah.."
"datanglah...Assalamualaikum.."ingatkan doh lupa pada anak2,reti juga ingat pada mereka...bentak Nor dalam hati..

Seusai Asar,menjijak ke Maghrib...

"Yeayyyyyyyy..yeayyyyy...abah mari..abah mari...." (gmbira anak2 dapat bjumpa dgn ayah mreka yg sudah lama tidak berjumpa)

Nor di beranda rumah menyaksikan 'drama' itu..Dadanya terasa sebak melihat suaminya (yg dicintai tp suaminya buat xtahu..) memeluk anak2 dan mencium mereka..anak2 mereka, Hanan dan Solehah (kdua2nya perempuan) didukung oleh ayahnya..terkedek2 mereka ketawa apabila diusik oleh ayah mereka...Nor hanya memerhati dari jauh,dan tak berniat untuk mengikuti apa yang sedang berlaku di depan matanya..Namun,pada ketika itu,sepasang mata milik suaminya, sedang khusyuk memerhatikan tingkah laku isterinya...Rindu pada wajah itu,...

Pada malamnya......
"k.long dengan adik tak nak tido dengan tok abah la..sebab abah dia dah balik" usik datuk mereka setelah melihat cucunya bermanja dan dipaku oleh ayah mereka..

"Man cuti lama ke?" bapa mertuanya mengajaknya untuk berbual..(walaupun ada sedikit rasa marah sebab mengabaikan tanggungjawab anak dan cucunya namun dia masih rasional berhdapan dgn menantunya..)

"Dalam 5 hari gitu..Baru balik semalam rumah mak,tu datang sini terus hari ni"

"owh,lama juga tu..bulehlah layan anak2 ni..Raya hari tu takdok cuti ke" (bapa mertuanya inginkan kepastian setelah menantunya tak balik pada hari raya)

"Balik..balik rumah mak..man minta maaf abah sebab tak balik sini..man buleh terima jodoh man,lagipun man doh ada anak..tapi man tak berani nak balik..man tahu abe2 dan kakak2 ipar man bukannya suka ke man sebab man abaikan Nor kan"

"Man..man..kenapa sapa tak nak balik?memang anak2 abah balik smua raya tapi diorang tokleh buat gapo juga sebab man ke ada anak,ada isteri..anak2 man ni pagi raya mestilah nak beraya dengan abah dia..isteri man tunggu man balik sebab nak beraya dengan man"

"taulah abah..man memang buat silap besar..dok umah mak pun,ayah marah sebab tak balik sini..man tak tahu nak kata apa,man pun sedih..nak tengok sangat anak2 man,tapi man tahu kalu man mari man buatkan semua tak selesa dengan khdiran man"

"tapi man,man buat gini isteri man bahgia ke pagi raya..dia kena hadapi waris2 yg tanya mana suaminya,yg tnya macam2,yg perli dia...abah tahu Nor bukan pilihan man,mungkin sebab abah dengan ayah man yang atur supaya man dengn Nor..Nor mungkin xcomel nak dibandingkan dengan Man yang mungkin dapt lbih dr ni lagi..tp man hati wanita ni ibarat kerak nasi..memang dia akan lembut balik tapi ambil masa"

---------------------------------------------<<<<>>>>>>>-----------------------------------------

"Nor,tak tido lagi ke?"
"Tido la dlu..nak ngemas pinggan dapur"
"Berapa kali nak basuh pinggan hok sememangnya memang cuci doh?" perli Mujiburrahman
"Nak......nak basuh2 apa2 yg kotor" xdok jawapan nak bagi..
"kan kalau Nor oyt nor nak elak dri dari abg kan xpo.."
Nor Diammmmmmm

Keesokan pagi.....

"Makanla dulu..abah makan doh sakni..dia tunggu juga abg sakni tapi abg lambat balik"
"Terima kasih..tok ime kg Nor ajak abg bual sakni..tu lewat ni,doh sero supo g masjid semaye dhuha pula.."
"emmmmmmm..makanlah..nak tgk anak2 kejap"

"Wahai isteriku,aku tahu engkau masih terguris dgn sikapku..sukarnya utk ak meraih kmbali perhatianmu buatku..pelbagai alasan kau berikan buatku...Maafkan abg Nor atas sikap abg selama ini..mana mungkin abg xsyg ke nor stelah nor bnyk berkorbn utk abg,mlahirkan zuriat utk abg..abg akan rebut kmbali hatimu wahai bidadari syugaku" monolog Mujiburrahman...

"Nor,petang ni abg ajat nak bawa anak2 g pantai la.."

"Owh..bawalah.." jawb acuh tak acuh..

"Nor kena g sekali la..adik tu tak kan abg nak jaga sorang..abg nak bawa kereta nak riba dia..(adik berusia 1 tahun)..

"kereta tolak dia ada dalam kereta nor..amikla..nor tak nak keluar la.."

"takpelah..nati abg bawa anak2 la.." Mujiburrahman terus berlalu..Nor memerhatikan suaminya dengan perasaan rndu..Mungkinkah dia merajuk dgn kata2 ku tadi...??

--------------------------------------------<<<<<>>>>----------------------------------------------

"Abah,umi tak pergi ke? tanya anak sulung mereka yg berusia 3 tahun..petah bercakap..

"Umi tak sihat..abah bawa kakak dgn adik la ye..esok abah kena balik doh.." pujuk si ayah..

pergilah mereka 3 beranak..nor melihat dari jauh..hampir mnitiskan air mata nor mlihat suaminya cuba memujuk anaknya...

-------------------------------------------<<<<<<>>>>>---------------------------------------------

Awalnya nak tidur suami aku ni..tiba2 teringat perbualanya dgn anaknya ptg tadi,...

"Umi,abah nak balik doh esok.."
--ni bermakna lambat lagi suami aku nak pulang..huhhhhhh,nak merajuk lagi ke tak..nak ke tak..nak ke tak..nak ke tak....ishhhhh,kejut la suami.."abg sekalipun abg xsuka ke nor tp nor tetap syg abg kerna satu je kerana Abg seorg Pejuang Agama..nak jadi sayap kiri abg walaupn abg xperlukan nor pun..Ya Allah,mungkin Engkau tahu apa yg tbaik buatku dan suami..Ak redha jika dia tidak menyayangiku asalkan aku ingin menjadi isteri buatnya di dunia dan akhirat"

"Abang..abg..abg..." 

"emmmmm,nak gapo?" marah suami kerana menganggu tdurnya..

"takpelah..abg tidur la.." hampir mrajuk sbb suami marah..

"dia kjut kita pahtu kata takdok apa,nor nak apa kjutkan abg ni?" lantas man bangun dr pembaringannya..

"nak ajak abg g beli barang dapur sikit buleh tak? mengumpan suami..sebenarnya nak keluar bersama2..hehe..nekad kalau kena marah pun terimalah..

"pukul berapa ni?" tanya si suami dengan mata yg masih layu..

"pukul 9.15 mlam.."

"ok,jomlah..tak tutup lagi kan..anak2 tidur doh tu..ngantuk la abg malam ni..dah macam berebut dengan ayam tido..abg siap kejap.."

hehe..lawak juga rupanya suami aku ni..huhu

-------------------------------------------------<<<<<<>>>>------------------------------------------

Di dalam kereta,suasana sunyi sepi..masing2 tidak bersuara..lantas......

"Abg,nor nak minta maaf sebab nor tak layan abg dengan baik 2 3 hari abg dok dumah ni..mungkin nor terasa hati kot dgn abg..nor rasa bersalah sgt..nor xleh wat ghtu sepatutnya kan..abg ni suami nor,buruk baik abg tetap suami nor" luah isteri menghangatkan suasana malam

"Bg abg nor xdok salh apa2..nor patut rasa marah dgn sikap suami nor ghini..kalu mula2 kita khwn mmg abg xsuka ke nor sbb abg kan nak ke org lain tp lepas nor dah bersalin dah ada 2 anak doh pun kita..abg tahu ni adalah ktntuan dr Allah..ni jdoh abg..jdoh yg telah ditetapkan oleh Allah..untk kita bina baitul muslim utk gapai matlamat yg lbih tnggi iaitu daulah Islamiyyah.." terang suaminya pnjg lebar

"Alhamdulillah..nor ingt abg xsayang ke nor..nor xkisah sbnarnya kalu abg xsyang ke nor pun,asalkan syg ke anak2..sebab nor tetap hormat dan syg abg krna jiwa perjuangan dlm dri abg.." malunya......

"takkan la abg xsyg ke umi pada anak abg ni..abg syg tu xla sgt..cinta tu yg sgt2.."

"abg ni...mengarut la tu..Abg,nak makan sate..jom.." merengek dgn suami.,.,...

"Aik..sakni ajak abg g pasaraya beli brg dapur..sbnarnya nak g mana ni?"

"hehe..nak jalan2 dgn abg je.."

"manja juga isteri abg ni ye..buleh2,..abg pun nak kuar dgn nor juga..isteri katakan.."

"yelah tu..."

_------------ adaptasi dari sbuah kisah benar yg pernah diceritakan seseorg kpada ana..
Wanita hatinya cepat terluka tapi cepat juga terpujuk apabila bersama org yg mereka syg..hargailah apa yg mereka berikan kerana mereka bercakap di mulut dizahirkan dgn perbuatan...

* Wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah..InsyaAllah..(percubaan menulis novel...terasa down..sbb bukan jiwaku...hehe)..Allahu Rabbi..InsyaAllah bittaufiq wanajh..

No comments:

Post a Comment