Monday, January 28, 2013

Terimbau Kenangan 2009..~


Bismillahirahmanirrahim..Alhamdulillah..Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh..*senyum sampai telinga..hehe..

_______________________________________________________________________

"Ak mesej doh ko ust Nasir,ust kata buleh mari esok (hari ni),jom g Maahad.." fathiah mesej..
"Jom.."*stju aje kalu derak ni..hehe

28 Januari 2013 (Isnin)

Seusai jumpa ust Nasir di Maahad,ada masalah yang tak perlu diberitahu di sini,hehe..akhirnya makan dlu kat kafe opss kantin MMP..semasa nak g makan tu,terserempak dengan Ust Faraid nama panggilannya..hehe @ nama sebenarnya Ust Rahim..macam2 dok bercerita dengan ust dan ust masih ingat dengan anak2 murid dia ni..Almaklumlah panggilan untuk kami masa belajar dulu,ust panggil "BUFFALO"..uhhh,kasar ko?jawabnya,sesuai doh sebab Faraid memang semua xkuasai dengan baik..hakhak..hari ini BUFFALO ini sudah faham kenapa ust panggil dengan panggilan itu dahulu..Terima Kasih ust Rahim..

Dari jauh lagi tengok Ust Wan Azmi @ Ust Wan @ kami panggil ust Kebersihan..*kami memang suka bagi nama panggilan macam2 ni ko guru2 kami..jgn contohi kami semua,,hehe...Ust Wan dok tambat kucing kat pokok..kami (merujuk kpada ana,Fathiah & Izzati..hehe) yg ke MMP hari ni..

"Assalamualaikum ust..sihat?
"Waalaikumusalam..alhamdulillah,ginilah.. *bertukarlah khabar..

"Bakpo ust tambat kucing pokok ?"
"Kucing pelajar bawak mari..RM5 sekor"
"gapo ust?" *xpehe sebenar..hehe
"Lokni,sapa buleh igat kucing dalam Maahad ni pahtu wat mari saya,saya bagi RM5..sebab kucing banyak sangat maahad..setakat ni doh 38 ekor kucing budak Maahad wat mari"
"ohhhhh..gitu..saya nak g igat juga la..buleh RM5"
"G la..saya bui.."
"Pahtu xdok la kucing lokni ust?"
"Koho banyak.."
ha...............terkedu..hakhak..lucu beraso..

*Flash back (2009)

Di tingkat 4,Ust Wahid sedang mengajar Mantiq..anak murid semua khusyuk (ada 2 maksud..hakhak)..Tiba2 nampak pelajar kelas sebelah cepat2 g buang sampah,terasa pelik sebab jam pukul 12 tengahari..adakah something yg berlaku?? Naibah kelas bangun dan melihat Ust Wan @ Ust Kebersihan sedang mengadakan sport check kebersihan di tingkat 2..Atoyaiiii..~
tiba2,Raidah (Ketua Kelas) & Naibah cepat2 bangun *tnpa pedulikan ust dihadapan..hakhak..buleh bayang tak camne..tercengang ust..nasib baik ust Wahid ni baik..hehe.. g buang sampah..haha..

"Assalamualaikum,Ust Hid meta deh.."
"Waalaikumusalam..sila2"
"Bersih2..tong sampah pun xdok ulat..bagus2.."
"Kelas Form 6 ke..mesti bersih,besar2 belako doh.." *terbaikla ust Wahid..haha

*Fuhhh,ust Wahid backup tu..terbaik la Ust Wahid...*mantan guru kelas sekejap sebelum ust jaga kelas 6B3 sebab guru kelas 6B3 ketika tu tak ngajar 6B3 tpi ngajar kelas ana..jadi pertukaran suka sama suka..
Kenapa pakat takut dengan Ust Wan 2009? 
Seekor Ulat dalam Tong Sampah RM2..haha..banyak tu..2013 Jumpa Kucing Seekor RM5 Ust bayar..Perbezaan yg cukup ketara....kalau ana masih ada pada tahun 2013 mungkin ana akan jadi pencari kucing juga..haha

~Apa2 pun..Ust Wan terlalu besarnya..dari dahulu hingga kini dialah guru kebersihan yang akan memastikan kebersihan di MMP terjaga..Terlalu besar jasa ust dan kami terlalu menyayangi seorang guru yang sentiasa lucu..Semoga Allah memberkati Ust Wan Azmi..



Ni dia..Ayahanda Ust Wan Azmi @ Ust Kebersihan...~~


Kami pun menjamu selera di kantin yang cantik ini..uhhh..*zaman ana,panggil kantin mahal..hakhak..Terima kasih untuk Ust smart MMP,Ust Azmi @ Ust Jemiey..hikhik *sekali lagi nama pnggilan yg tbaik untuk Ust Azmi..Ust Azmi belanja hari ni...ingat nak belanja ust,tapi ust belanja kita pula..hakhak..makan 'keropok keras' --makanan kegemaran kami semua masa tahun 2009..kalau makan sup,wajib lepas tu kena beli keropok keras ni,buat bekal xse bagi ngantuk..tapi tido juga..seperti biasa la katakan..hakhak..


Ust Azmi yang belanja tadi..Terima kasih.."Ust makan kawan dia blnja,kami makan dia blnja..Adil kan?hak



ilir kan kantin MMP..hakhak..2009 kantin ni mula disediakan dan kami org pertama menggunakannya..


Macam2 la kami bualkan sehingga 2 3 orang guru MMP sempat kami temui..dan seorang guru yang ana xingat nama apa,ayatnya tersentuh di hati..hihihi

"Mari mana ni?Lawat sekolah ko?"
"Emm,lawat2 sekolah cikgu"
"Baguslah..itu hok sepatutnya..cuti mari kat sekolah,tengok2 sekolah"
(Mendalam ayat cikgu tapi kami faham..hehe..Faham tak?Jawabnya :-Abis sekolah bukan penamat kita dari terus datang sekolah..kita kena sokmo mari sekolah tengok adik2 junior,bantu setakat yang perlu..sebab kita ni pelapis buat adik2 kita..emm*insaf kejap..hehe)

Sedang kami makan,kami ternampak kelibat ust yang sangat dirindui dan sangat disayangi oleh kami semua iaitu Ust Wahid @ Ust Smart/Ust Mantiq *kan doh kata mesti ada nama gelarannya plok..hehe


yang ditengah itu Ust Wahid @ Ust Mantiq..Smart kan?Ye..baik lagi ghtu..


"Assalamualaikum ust..sihat"
"Waalaikumusalam..sihat Alhamdulillah"
"Mari amik result ko?result STAM hari Rabu ni keluar"
"Hehe..buleh juga ust amik result sekali lagi..Ust ada kelas ko?"
"Ada..se kelas lagi Mantiq..mari minum air dulu,sakit tekak"
"hehe..nak masuk etek la ust"
"Marila..hehe"

~~Ust Wahid masih seperti dahulu..senyum tak pernah lekang dibibir..kesabarannya sering membuatkan kami sangat menyayanginya..ketabahannya membuatkan kami juga setabah dirinya..hehe..Semoga Ust sentiasa bahagia dunia dan akhirat..Amin..

2009 (Masa Mantiq) *Flash back..

Suasana kelas senyap je,sebab tengahari katakan..ada yang sudah bermimpi hingga ke bulan,sedang murajah Al-Quran,sedang ngapal dan sedang mengoya..*ana?yg last kot..hakhak..Kelibat Ust Wahid menuju ke 6B4 dengan penuh senyuman..dari luar kami sudah nampak ust tersenyum.dan senyuman inilah kami sudah layu mata untuk Mantiq sekejap lagi..hakhak..

"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh"

dari satu sudut meja dalam kelas 6B4..

"Weh,bangun..Ust mari tu"
-Masih nyenyak lagi saimku ini tdo..
"Weh2,ust Wahid dok depan ni..bangunla..."
-emmmmm,aduh..sero nak nyekeh jah..hakhak..*ust buleh tersenyum..
"Kuat dok study tu,ngantuk sangat..hehe"
"Dia memang banyak nga..ngatuk...tido jah tau.,."

Saim ana pun bangun,terus berdiri tengok ust sudah dok di hadapan..Ust tersenyum je..biasalah lepas bagi slam,kita akan baca doa mula belajar,tapi saimku ini masih mamai,terus duduk lepas tu..haha..bayangkan macam mana gayanya..*ingat nak tergelak sero..


Begitulah ust Mantiq @ ust Wahid yg sabar melayan karenah kami semua..sabar jah dirinya setiap kali layan kami semua..kami pernah minta dengan ust supaya batalkan kelas tambahan sebab xcekak..letih katakan dan ust setuju untuk batalkan dan gantikan dengan hari lain..ust sangat faham jiwa..Tahun 2011,kami dapat pengkhabaran bahawa isterinya meninggal dunia iaitu 2 hari nak raya AidilFitri..terkejut kami semua kerana kami tak dapat bayangkan insan setabah dia untuk mengukir senyuman ini..kami tak sempat melawat kerana tak kenal rumah dan ada hal ketika itu..Hanya doa dikirimkan buat arwah isterinya,semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin..
Pagi tadi,tengok ust tersenyum dan masih mengukir senyuman keikhlasan membuatkan kami tabah dan yakin dengan kami..Mantiq di hati walau sentiasa tido..tapi ana tak pernah tidur masa Mantiq sebab ana minat sangat mantiq ketika tu..sebab,mantiq ni ilmu payah,jadi ana suka benda2 payah ni..hakhak..*poyo ye..Mantiq ilmu yg banyak guna akal..tp biar bertepatan dengan akal yang digunakan..ok?


KEPUTUSAN STAM hari RABU ni..emmm,mesti + konform + yakin berdebar gila adik2 ni nak amik result..teringat hari amik result..(2009) *flash back lagi,almaklumlah tajuk pun pasal terimbau kenangan kan..hakhak..

Ana masa tunggu result,sempat la jadi Ustazah dulu..ecece..mestila..hakhak..kat Pasir Puteh..guru ana @ warden asrama masa bljar kat Maahad Ar-Rahmah Kenali dulu telepon ko ana hari result..Terima kasih Ust Ahmad Yusoff bin Yaacob (pernah ingt ust sedih masa ana nak pindah g Maahad sebab xperlu la cerita..hakhak..betul la..)

"Mihah tengok doh ko result"
"Dok Pasir Puteh lagi ust..kejap lagi baru nak tolak balik g MMP"
"Tahniah Mihah..Awak MUMTAZ.."
"Yeke ust?ust tahu mana?"
"Ana dok YIK..Ana amik bgi MARK..Ana tengok hok awak,awak dapat MUMTAZ..Tahniah.."
"Alhamdulillah,ana macam tak percaya sebab tak boleh wat sangat"
"yelah tu tak leh buat..yang tak leh buat pun buleh dapat Mumtaz ek''
*seriously,ana memang tak percaya sebab target paling tinggi pun Jayyid Jiddan..Alhamdulillah,inilah kejayaan yang boleh dibanggakan..Alhamdulillah..betul kata orang tua2 :- gagal sekali tak bermakna gagal buat selamanya..SPM pernah ku kecewa,STAM pengubat duka lara..Alhamdulillah..

Tiba kat sekolah,kebetulan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah,ramai la orang YIK,guru2 dan adik2 junior di Kantin masa nak amik result..baru sampai,saim2 kata "ore Mumtaz sore lagi baru sampai tu.."hehe..Yakinlah bahawa ana pemegang result Mumtaz ai ni..Alhamdulillah,Terima Kasih Allah..

"Tahniah Salmihah..Mumtaz.."
salam dengan guru kelas,cium tangan minta maaf,minta restu..Alhamdulillah..Berjumpa Mok Su Nah *nama samaran untk Mudirah MMP 2009..(hakhak..tengok,,mudirah pun dapat nama samaran ghtu..hehe) Mok Su Nah peluk2 ana,dan ucap tahniah..dan tahulah bahawa 2009 Mumtaz STAM adalah 23 orang mengalahkan MML dengan 22 orang..yeeeeeyyy..berjaya juga mengalahkan MML yg tek pernah kecundang dalam STAM dan peratus juga meningat dan 8 subjek dari 10 mendapat 100 % dan MMP terbaik STAM 2009..Alhamdulillah,syukur sangat..Pengorbanan yang ikhlas kerana Allah,Allah akan ganjari dengan pahala dan kejayaan..Alhamdulillah..Dok bual2 dengan saim2,saim2 oyat Mok Su Nah kini di YIK naik pangkat *kata saim2 ana,naik pngkat sebab Mok Su Nah garang..hikhik..(kenangan ngn Mok Su Nah)..dan saim2 tunjuk mudir baru MMP,iaitu Ust Mansor Hj Daud..ana dengan muka selamber,ohhh,ust Mansor upenya..kenal dohhh..hikhik..(ayah kepada saimku..mestila kenal kan..hakhak)..Mudir sempat tegur dan ucap tahniah..

"Tahniah semua..Awak semua doh naikkan nama Maahad dalam STAM tahun ni..peratus pun meningkat"
"Alhamdulillah,guru2,Mok Su Nah dan kawan2 smua..Alhamdulillah,rezeki dari Allah"
"Alhamdulillah,makan2..raikan awak trus ni..majlis kesyukuran + Majlis Maulidur Rasul"
*sekat hari tu je kecek,lepas tu dok doh..maybe mudir pun tak ingat doh kami..hikhik

Inilah kenangan yang paling manis yang sentiasa dalam lipatan memoriku..Alhamdulillah,dengan kenangan inilah menjadikan kita semua matang dalam membuat sebarang keputusan..Tersenyum apabila mengingati kenangan ini dan air mata pasti mengalir kerana masih rindukan MMP..Ku rindukan MMP..buat adik2 semua sama ada di MMP @ mana2 sahaja,adik2 sekolah YIK,"kenangan inilah yang akan membuatkan kita tersenyum di masa hadapan kita..buat nakal zaman sekolah takpo tapi jangan buat nakal yang menyakitkan hati guru tapi buatlah nakal yang akan membuatkan guru ingat pada kita dan berbangga dengan pelajarnya..hikhik..tapi,kenangan inilah satu memori terindah yang mampu dikenangi walau dimana berada dan betapa bersyukur dengan perancangan Allah yg mempertemukan kita semua di dalam satu bangunan untuk mencari keredhaanNya"





P/s :- Gambar dicedok dari Page Maahad Muhammadi Perempuan (FB)..Terima kasih..hikhik...zaman ana dlu,kamera cuci lagi lokni kamera digital doh..hukhuk..canggih kan?masih hari,makin canggih dunia,..Terima Kasih atas tajaan gambar ini..hehhe




No comments:

Post a Comment