Saturday, January 8, 2011

Dengarlah Hati...

Ini adalah lagu buat diri
supaya tidak jauh dari Illahi
juga buat yang ingin mencintai Rabbi
hayatilah dengan iman yang sejati..

Tuhan menilai hambanya melalui hati
kerana ia adalah acuan hakiki
kamar tempat persiapan diri
agar tampak segak dan dihormati
amatlah malang sekali
jika sampai kufur memenuhi
menghalau pedandan taqwa pergi
terpaksalah bersiap sendiri
deras arus moden diikuti
ketat sendat barulah seksi
pendek jarang trend terkini
rambut mata bagai pelangi
muka disolek berinci-inci
jangan dilupa pelbagai aksesori
kulit yang gebu didedahkan pasti
tidak sesia madu dan susu dibuat mandi

badan yang sasa harus ditontoni
berbaloi angkat berat setiap hari
inilah dia dunia realiti...

Dihadapan para juri abadi
tersingkir penyertaan sama sekali
berbicaralah semua mulut terkunci
membela nasib malang nafsi
segalanya hanya asalan terbukti
dicipta demi kepuasan serakah fanai..

Duhai sang hati..
mengapalah engkau dikotori
padahnya aurat tidak dikenali
lalu nerakalah ganjaran kasbi
menyesal tidak berguna lagi.....

No comments:

Post a Comment