Sunday, January 9, 2011

Milik Siapakah Cintaku?

alhamdulilah...,walaupun tugasanku sebagai seorang student
semakin menghimpitku,tapi hari ni tanganku seolah-olah mengajakku untuk berkongsi mengenai
hati dan perasaan....huhu~almaklumlah lumrah manusia 'ingin
menyayangi dan disayangi'..

'jangan kau ungkapkan rindu...jika nafsu menguasai,
jangan kau lafazkan cinta...andai cinta Ilahi masih belum ditemui...'

~jika engkau mencintai bunga..sedarlah bunga itu akan layu...
jika engkau cintakan manusia..sedarlah suatu hari dia kan pergi...
jika engkau mencintai harta..harta itu nanti kau akan tinggalkan...
jika engkau cintakan Ilahi..hanya Dia yang akan kekal abadi...
  Cintailah Ilahi...(in-team) -senikata yang cukup indah...(cuba dengar kalau xpercaya...)

tidak salah untuk bercinta...tapi jadikanlah cinta kita kepada Khaliq melebihi segala-galanya kerana Dialah yang menghadirkan cinta dalam diri.. cinta haruslah didasari oleh iman,insyaAllah kita akan dapat merasai kemanisan bercinta..jangan biarkan nafsu menguasai diri,kelak kita akan rugi..

Rasulullah SAW bersabda:
  "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintaiNya dan siapa yang
tidak dicintaiNya,tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintaiNya"

begitulah betapa cintanya Allah kepada hambanya..namun adakah hambanya menyintai Sang Khaliq?tepuk dada tanya iman...nikmat yang dikurniakan kepada kita tidak ternilai kesempurnaannya.,siapakah yang mengurniakan nikmat2 itu?of course,Khaliq kita yang terlalu menyayangi hambanya..bukan sahaja nikmat2 yang dikurniakan malahan ujian yang dihadirkan
kepada kita adalah tanda sayangnya Allah menyayangi hambanya..

Dalam Kitab Ihya' Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali ada menceritakan tentang kecintaan, kerinduan dan keredhaan. Nabi SAW bersabda: 'apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia mengujinya,jika hamba itu mencintaiNya,maka Allah mencubanya'..

Ada yang berkata: "bagaimana Allah mencubanya?

Nabi SAW menjawab: 'Dia tidak meninggalkan baginya harta mahupun keluarga"

begitu juga,junjungan mulia Muhammad SAW yang begitu menyayangi umatnya..Baginda menyebut kalimah "ummati" sebanyak 3 kali sebelum baginda wafat. begitu besar pengorbanan baginda terhadap umatnya..macam mana baginda menghadapi hinaan,makian, dan xketinggalan ada ugutan membunuh baginda kerana perjuangan baginda menegakkan syiar Islam yang kita kecapi hari ini..marilah sama2 kita berselawat ke atas junjungan mulia Muhammad SAW,Khatimul Anbiya...


Itulah cinta hakiki,yang pasti cinta abadi hingga syurgawi..Cinta Allah dan Cinta RasulNya...

sebagai manusia,menjadi fitnah untuk mempunyai pasangan,..namun carilah pasangan yang boleh mengibarkan panji2 Islam dan menegakkan kalimah tauhid..dapatlah kita menjadi ubat kepada luka2 perjuangan pasangan kita...carilah pasangan yang boleh memimpin kita dan zuriat2 kita kepada kecintaan kepada Allah SWT serta memimpin tangan untuk ke
matlamat yang satu,jannah.....

"Ya Allah,jodohkanlah diriku dengan hambamu yang mengikatkan hatinnya dengan hatiMu,
satukanlah hatiku dengan hatinya yang sentiasa mensyukuri nikmatMu, patrilah ikatan kami dengan ikatan yang suci..namun,jika dia bukan jodohku,jauhkanlah hatiku daripada
mengikut nafsu semata-mata dan tabahkanlah hatiku menghadapi ketentuanMu kerana
ku yakin pilihanMu adalah yang terbaik.."

Doa nie bukan sahaja untuk minta dapat teman hidup tapi juga tabah jika 'dia' bukan milik kita.(sebutlah nama 'JEJAKA PILIHAN' kita dalam doa,mOga2 Allah akan mengabulkannya..amIn)..yakinlah cinta yang dilandaskan keimanan kepada Allah SWT adalah cinta yang sejati..

 Allah SWT mewahyukan kepada seorang NabiNya:
 "sesungguhnya Aku mengangkat kekasihKu dari orang yang tidak jemu menyebut namaKu dan tiada baginya selain Aku,ia tidak mengutamakan makhlukKu di atas Aku. Jika ia dibakar dengan api,ia tidak merasa sakit. Jika dipotong dengan gergaji ia tidak merasa pedih. Maka siapa yang cintanya tidak mencapai tahap ini,dari mana ia mengetahui karamah dan mukasyafat yang timbul di balik cinta itu,sedang semua itu berada di sebalik cinta,dan 
cinta berada di sebalik iman.."

nampaknya,setakat ni dululah..insyaAllah jika diizinkan Allah SWT,ana akan kongsikan buat
peringatan bersama..kita sebagai manusia kena saling tegur-menegur dan nasihat menasihati kerana hati2 yang sentiasa mendapat baiah yang baik,adalah hati yang dekat dengan Maha Pencipta.moga2 dapat memuhasabahkan hati2 yang lalai...salam kemaafan andai tersalah kata,tersilap bicara...

sama2lah kita menjadikannya sebagai perkongsian yang berguna..mOga2 Allah menilainya..
salam mujahaddah...salam mahabbah...

No comments:

Post a Comment