Friday, December 30, 2011

FATRAH IMTIHAN..

                                            perjuangan m'mrlukan pgorbanan,
                                            pengorbanan m'mrlukan ksungguhan,
                                            ksungguhan yg ikhlas akn m'lahirkan kjyaan,
                                            dan kjyaan itulah yg akn m'beri kebahagiaan...

assalamualaikum...pantun tuju ikhlas buat yg akn m'nmpuh imtihan @ dlm bhsa klate pnggl periksa..hehe..sedar tak sedar ana akn m'nmpuh fatrah imtihan (nak priksa masih smpat b'blog2..ish2..) hehe..ana xnafi mmg sibuk sgt skrg, tp wktu asar ni xpe la kjap release minda ni..lgpn ayah ana pnah kata ' nak baca buku pun, tgklah masa..wktu lps asar org relax, b'sukan ko, buat kijo yg tak dok sangkut dgn baca '..hehe..

insyaallah, ana akn menmpuh final exam b'mula hari ahad ni dgn madah ptma 'Fiqh Dakwah' & madh akhir 'Nahu Maqal'..huhu..ana xtolak knytn bhawa semester ni ana rasa sangat takut utk m'hdapi imtihan b'bnding sem lepas wlaupn sem ni madhnya cuma 7.. tadi smpt g bilik kawan dia pun m'luahkan pkara yg sama, n smpt lg wt lawak 'mgkn nk buleh 4 flat kot..'haha..insyaAllah..(tuah ayam npok d'kaki tuah manusia siapa yg tahu..Allah Yang Maha Mengetahui)..

      mentakhrij hadis...sronok bljr ni..namun takut nak priksa.. ya Allah, permudahknlah...


oleh krana fatrah imtihan smkn m'hmpiri,jdi ana adalah t'baca skit pasal resolusi utk kita lakukan pada dri untuk m'cpai najah baik d'dunia mahupn d'akhirat..(teringt kata2 Dr Engku Tajuddin Engku Ali, 'kita ni meme doh perekso, kita jah tak tak perasaan..kita mula periksa masa mula knal dunia dan tamat priksa pada hari kita m'mejamkan mata utk b'tmu Illahi..)

1.      Mendekatkan diri kepada Allah
Sebagai seorang muslim, sudah pastinya tempat bergantung kita hanyalah kepada Allah S.W.T.  Tujuan sebenar kita menuntut ilmu itu sendiri pastinya adalah untuk memperoleh keredhaan dariNya. Jangan pula kerana kita terlalu sibuk membaca buku dan mengulangkaji pelajaran, solat dilengah-lengahkan, solat berjemaah pula entah ke mana.  Sebaliknya kita seharusnya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah kerana kejayaan yang kita idam-idamkan itu tidak akan datang melainkan dengan izin daripada Allah S.W.T. Apalah sangat kesibukan kita itu jika hendak dibandingkan dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Percayalah dengan usaha dan doa yang berterusan kejayaan pasti akan menjadi milik kita. InsyaAllah.

   2. Menjaga pemakanan
 Pemakanan kita juga seharusnya dijaga sepanjang fatrah imtihan bagi mengelakkan komplikasi-komplikasi yang tidak diingini, terutamanya pada hari kita akan menduduki peperiksaan. Tidak dinafikan makanan seperti mee segera sering menjadi pendamping kepada para pelajar terutamanya sepanjang musim peperiksaan kerana penyediaannya yang mudah dan cepat.Sepanjang fatrah imtihan ini pastinya sebahagian dari kita ada yang akan mengalami stress ataupun tekanan. Jadi, jangan jadikan tekanan menbantuti pergerakan kita. Satu contoh, biasanya tekanan ini menyebabkan kemurungan yang berpanjangan. Jadi, pernah ada seorang murrabi memberitahu coklat dan aiskrim makanan sesuai ketika tertekan. Cubalah...

    3. Penjagaan kesihatan
 Sepanjang fatrah imtihan ini juga, penjagaan kesihatan tubuh badan amat perlu dititikberatkan. Ditambah pula dengan suasana perubahan musim dari panas kepada sejuk yang semakin dirasakan, pastinya ia akan memberi impak terhadap kesihatan terutamanya bagi mereka yang mempunyai daya ketahanan tubuh yang rendah. Dapatkanlah tidur yang cukup agar kita sihat pada keesokkan harinya.

    4. Mengoptimumkan penggunaan waktu
 Dalam kesibukan menghadapi peperiksaan, penggunaan waktu juga seharusnya dioptimumkan untuk perkara yang penting dan berfaedah sahaja. Susunlah waktu dengan baik dan sediakan jadual jika perlu. Kurangkan juga masa kita menggunakan internet sekiranya ia dapat mengganggu tumpuan untuk mengulangkaji pelajaran. Dapatkan tidur secukupnya kerana rehat yang mencukupi berupaya  meningkatkan tumpuan kita semasa mengulangkaji pelajaran dan ini seterusnya dapat menjadikan proses mengulangkaji pelajaran itu lebih berkualiti, InsyaAllah. Dalam kesibukan itu juga, jangan pula kita lupa untuk meluangkan masa menghubungi kedua ibu bapa. Mendengar khabar berita daripada kita pastinya akan menggembirakan hati mereka. “Sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa”.

     5. Menjaga hubungan sesama rakan
 Selain itu, antara perkara penting lain yang tidak seharusnya diabaikan ialah menjaga hubungan sesama rakan tidak kira mahupun rakan sekuliah, rakan sebilik, dan juga rakan serumah. Pada saat begini, emosi sentiasa terganggu. Jangalah terlalu beremosi apabila berbicara dengan rakan-rakan, boleh jadi semasa menuturkan kata-kata ada yang menguriskan hatinya. Oleh itu, jangan cepat melatah. Kerana mereka juga seperti kita, dan rakan ini ibarat jam..apabila baterinya sudah habis, jam itu tidak mampu berdetik lagi...
     6. Sentiasa berdoa, berusaha dan  bertawakal

 Peribahasa Melayu ada menyebut, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu berusahalah dengan sehabis baik dan tetaplah istiqamah dalam berdoa kepada Allah S.W.T. Jangan pula kita sekali-kali berputus asa.
“Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.,” Surah Yusuf [12:87]
 
                           
            ~SALAM IMTIHAN BUAT SAHABAT2 SEMUA..INSYAALLAH
                                               BITTAUFIQ WANAJAH...~
          


No comments:

Post a Comment